Keselesaan ke tempat kerja mempengaruhi kualiti hidup masyarakat bandar di Mukim Kajang, Selangor
Keselesaan penduduk ke tempat bekerja boleh mempengaruhi kualiti hidup masyarakat. Kajian ini telah mengenalpasti bahawa keselesaan ke tempat bekerja merupakan aspek yang boleh menyumbang kepada kualiti hidup yang baik. Oleh itu, aspek keselesaan ke tempat kerja harus diambilkira dalam menilai k...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Akademia
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7851/1/J4408_a5994cce4bb9e750bb317de2d6147da8.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7851/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Keselesaan penduduk ke tempat bekerja boleh mempengaruhi kualiti hidup masyarakat. Kajian ini telah
mengenalpasti bahawa keselesaan ke tempat bekerja merupakan aspek yang boleh menyumbang kepada kualiti
hidup yang baik. Oleh itu, aspek keselesaan ke tempat kerja harus diambilkira dalam menilai kualiti hidup
masyarakat di bandar. Permasalah kajian ini ialah isu ketidakselesaan penduduk ke tempat bekerja telah
menyebabkan gangguan pada kualiti hidup. Objektif kajian ialah mengkaji persepsi penduduk di bandar
terhadap keselesaan ke tempat kerja. Kajian dijalankan di Bandar Kajang dan Bandar Baru Bangi. Kaedah soal
selidik telah digunakan di lapangan. Sejumlah 700 responden telah dipilih secara rawak bebas di kawasan
kajian. Data-data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan program SPSS. Hasil kajian mendapati paling
ramai responden iaitu 135 orang bekerja di tempat lain-lain, 112 bekerja di Kajang,105 bekerja di Bandar Baru
Bangi, 36 bekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia dan 26 bekerja di Serdang. Analisis perkaitan antara
jarak rumah ke tempat bekerja menunjukkan nilai khi kuasa dua sebanyak 89.329 dan signifikan pada aras 0.05
(p=0.000), perkaitan antara jarak rumah ke tempat kerja dengan tempoh terlibat kesesakan lalu lintas
menunjukkan nilai khi kuasa dua sebanyak 227.568 dan signifikan pada aras 0.05 (p=0.000). Sejumlah 208
responden terganggu emosi semasa berhadapan dengan kesesakkan lalu lintas, manakala 150 menyatakan
masih boleh bersabar. Seramai 359 responden menyatakan tidak selesa ke tempat kerja sekiranya berlaku
kesesakan lalu lintas.Kajian merumuskan bahawa kajian keselesaan ke tempat kerja wajar digunakan sebagai
penunjuk kualiti hidup masyarakat di bandar, berdasarkan konflik-konflik yang dialami penduduk di bandar
semasa berinteraksi ke tempat bekerja. |
---|