Pembangunan dan penilaian panduan keselamatan di bilik dapur bagi pengajaran dan pembelajaran dalam pengurusan hotel katering
Tujuan kajian adalah untuk membangunkan Panduan Keselamatan Di Bilik Dapur untuk kegunaan pelajar bagi kursus Pengurusan Hotel dan Katering. Panduan telah dibangunkan menggunakan media transparensi dan telah diuji kebolehgunaan serta keberkesanannya melalui kaedah kuasi eksperimen secara pra-t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7767/1/24p%20ZUHAILA%20YUSOF.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7767/2/ZUHAILA%20YUSOF%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7767/3/ZUHAILA%20YUSOF%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7767/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian adalah untuk membangunkan Panduan Keselamatan Di Bilik
Dapur untuk kegunaan pelajar bagi kursus Pengurusan Hotel dan Katering. Panduan
telah dibangunkan menggunakan media transparensi dan telah diuji kebolehgunaan
serta keberkesanannya melalui kaedah kuasi eksperimen secara pra-tinjauan dan
pasca-tinjauan. Sampel kajian bagi tujuan penilaian adalah terdiri daripada 40 orang
pelajar kursus Sijil Pengurusan Hotel dan Katering. Pra-tinjauan yang dilakukan telah
menunjukkan bahawa tahap sikap, pengetahuan dan amalan keselamatan di kalangan
pelajar adalah rendah. Pasca-tinjauan menunjukkan, terdapat peningkatan dari segi tiga
elemen di atas. Ujian-z1
berpasangan menunjukkan bahawa peningkatan tersebut adalah
signifikan secara statistik pada tahap 5%. Berdasarkan pasca-tinjauan, skor min
menunjukkan peningkatan 4.31 bagi item sikap berbanding skor min 2.59 dalam pra�tinjauan. Item pengetahuan, skor min menunjukkan peningkatan 4.39 berbanding skor
min 2.71 dalam pra-tinjauan. Bagi item amalan keselamatan, skor min menunjukkan
peningkatan 4.35 melalui pasca-tinjauan, berbanding skor min 3 dalam pra-tinjauan. Ini
membuktikan bahawa panduan keselamatan yang dibangunkan telah mencapai tahap
kebolehgunaan dan keberkesanan di kalangan pelajar. Kesimpulan telah dibuat bahawa
panduan ini beijaya membina sikap, pengetahuan dan amalan keselamatan yang lebih
positif di kalangan pelajar Pengurusan Hotel dan Katering. Berdasarkan dapatan ini
adalah dijangkakan, risiko kemalangan di bilik dapur dapat dikurangkan pada tahap
yang paling minima dengan dengan penggunaan Panduan Keselamatan yang
dibangunkan. |
---|