Teknik pembelajaran di kalangan pelajar dewasa di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Teknik pembelajaran yang bersesuaian di kalangan pelajar dewasa dalam proses pembelajaran akan mewujudkan satu suasana pembelajaran yang aktif dan kondusif. Tujuan kajian ini bagi mengenal pasti teknik pembelajaran yang dominan di kalangan pelajar dewasa dan tahap pencapaian akademik pelajar d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7388/1/24p%20NORMAH%20ZAKARIA.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7388/2/NORMAH%20ZAKARIA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7388/3/NORMAH%20ZAKARIA%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7388/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Teknik pembelajaran yang bersesuaian di kalangan pelajar dewasa dalam proses
pembelajaran akan mewujudkan satu suasana pembelajaran yang aktif dan kondusif.
Tujuan kajian ini bagi mengenal pasti teknik pembelajaran yang dominan di
kalangan pelajar dewasa dan tahap pencapaian akademik pelajar dewasa berdasarkan
Nilai Gred Kumulatif (CGPA). Selain itu kajian ini untuk mengenal pasti sekiranya
terdapat hubungan antara teknik pembelajaran dengan pencapaian akademik.
Seterusnya kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan teknik pembelajaran
antara pelajar lelaki dewasa dengan pelajar wanita. Kajian ini memfokuskan kepada
pelajar dewasa Program Khas Pengsiswazahan Guru Besar (PKPGB) di UTHM yang
berumur dalam lingkungan 45 tahun sehingga 50 tahun. Sampel kajian terdiri
daripada 81 orang pelajar yang merupakan guru besar sekolah. Kajian dilakukan
secara kaedah tinjauan melalui pengedaran borang selidik dan temu bual sokongan
sebagai alat instrumen. Data-data dianalisis menggunakan pakej perisian Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan min skor,
peratusan dan sisihan piawai. Korelasi Spearman Rho's digunakan untuk
menentukan hubungan antara teknik pembelajaran dengan pencapaian akademik
manakala ujian-T tidak bersandar pula digunakan untuk menentukan perbezaan dari
segi teknik pembelajaran di kalangan pelajar dewasa mengikut jantina. Hasil kajian
mendapati teknik pembelajaran yang dominan digunakan oleh pelajar dewasa ialah
teknik berkumpulan dan teknik mendengar. Manakala terdapat hubungan antara
teknik pembelajaran dengan pencapaian akademik walaupun pada tahap yang lemah.
Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan dari segi teknik
pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dewasa mengikut jantina. |
---|