Penguasaan kemahiran generik di kalangan graduan hospitaliti di politeknik: satu kajian berkenaan keperluan industri perhotelan, persepsi pensyarah dan pelajar
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti kepentingan kemahiran generik mengikut keperluan industri perhotelan di Malaysia dengan persepsi pensyarah dan persepsi pelajar Jabatan Hospitaliti. Oleh kerana matlamat kurikulum pendidikan kini adalah untuk melahirkan graduan yang dap...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7161/1/24p%20WAN%20NOR%20HAFIZA%20WAN%20SULAIMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7161/2/WAN%20NOR%20HAFIZA%20WAN%20SULAIMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7161/3/WAN%20NOR%20HAFIZA%20WAN%20SULAIMAN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7161/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti kepentingan
kemahiran generik mengikut keperluan industri perhotelan di Malaysia dengan
persepsi pensyarah dan persepsi pelajar Jabatan Hospitaliti. Oleh kerana matlamat
kurikulum pendidikan kini adalah untuk melahirkan graduan yang dapat memenuhi
keperluan pihak industri, maka kajian ini dijalankan untuk menilai hubungan di
antara keperluan industri perhotelan di Malaysia dengan persepsi pensyarah dan
pelajar Jabatan Hospitaliti di Politeknik. Terdapat 13 kemahiran generik yang
diperolehi daripada Kementerian Pelajaran dan Latihan Ontario (1997) dijadikan
sebagai skop kepada instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada tiga pihak
utama iaitu industri perhotelan di Malaysia yang melibatkan 40 buah hotel yang
diwakili oleh MAH Chapter dan jawatankuasa dalam Malaysian Associated of Hotel
(MAH), pensyarah Unit Hotel dan Katering dan pelajar semester akhir Diploma
Hotel dan Katering di Politeknik Johor Bahru, Johor dan Politeknik Merlimau,
Melaka. Kajian rintis yang dijalankan menunjukkan nilai Alpha Cronbach pada
0.8781. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5.
Melalui dapatan kajian, satu senarai berkenaan kemahiran generik yang diperlukan
oleh industri perhotelan telah dapat dihasilkan. Selain itu, senarai kemahiran generik
menurut persepsi pensyarah dan juga persepsi pelajar turut dihasilkan. Hasil statistik
dan graf garis yang diperolehi menunjukkan terdapat perbezaan di antara kemahiran
generik yang diperlukan oleh industri perhotelan di Malaysia dengan kemahiran
generik menurut persepsi pensyarah dan persepsi pelajar Politeknik. Dapatan
analisis menggunakan korelasi Pearson mendapati bahawa tidak terdapat
perhubungan yang signifikan di antara kemahiran generik yang diperlukan oleh
industri perhotelan dengan persepsi pensyarah dan persepsi pelajar. Namun begitu,
terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi pensyarah dengan persepsi
pelajar berkenaan dengan amalan kemahiran generik di Politeknik |
---|