Kesan abu kulit kupang (perna viridis) sebagai bahan tambah di dalam konkrit terhadap pengawetan larutan sodium klorida
Kulit kupang merupakan sisa akuakultur yang semakin meningkat seiring dengan penghasilan ternakan kupang di kawasan perairan Malaysia. Berdasarkan kajian terdahulu, kulit kupang sesuai digunakan di dalam campuran konkrit kerana komposisi kalsium karbonat (CaCO3) yang tinggi iaitu melebihi 95% yang b...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/595/2/24p%20MUHAMMAD%20SHABERY%20SAINUDDIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/595/3/MUHAMMAD%20SHABERY%20SAINUDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/595/4/MUHAMMAD%20SHABERY%20SAINUDIN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/595/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kulit kupang merupakan sisa akuakultur yang semakin meningkat seiring dengan penghasilan ternakan kupang di kawasan perairan Malaysia. Berdasarkan kajian terdahulu, kulit kupang sesuai digunakan di dalam campuran konkrit kerana komposisi kalsium karbonat (CaCO3) yang tinggi iaitu melebihi 95% yang berpotensi menjadi bahan pengisi di dalam meningkatkan kebolehkerjaan serta ketahanan konkrit. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan kepada penggunaan sisa kulit kupang serta keupayaannya apabila diaplikasikan sebagai bahan tambah di dalam campuran konkrit normal. Sisa kulit kupang ini dihancurkan menggunakan mesin pengisar bebola dan melepasi saiz ayakkan 75μm. Peratusan abu kulit kupang yang digunakan di dalam campuran konkrit adalah 0% (KN), 1% (KAKK1), 2% (KAKK2), 3% (KAKK3) dan 4% (KAKK4) dengan jumlah keseluruhan sebanyak 145 sampel. Kesemua sampel kemudiannya diawet menggunakan larutan sodium klorida (2.73%) dengan tempoh pengawetan 7, 28 dan 90 hari. Penyelidikan adalah melalui analisis serakan partikel (PSD), graviti tentu, masa pengerasan, ujian runtuhan, imbasan imej SEM (Scanning Electron Microscopy), analisis SEM-EDX (Energy Dispersive X-Ray), XRD (X-Ray Difraction), kekuatan mampatan, kekuatan tegangan pemisah dan serapan kapilari air air. Hasil daripada kesemua ujikaji setiap sampel, didapati konkrit KAKK1 memberikan nilai peratusan yang optimum. Berdasarkan analisis statistik yang dijalankan, peratusan campuran optimum abu kulit kupang yang sesuai adalah KAKK1 di mana ianya memberikan nilai signifikan kepada ciri mekanikal konkrit iaitu kekuatan mampatannya dengan nilai p<0.007, serapan kapilari air konkrit dengan p<0.008 bagi kebolehtelapannya dan hubungan korelasi yang kuat iaitu r=0.99 dan - 0.93. Melalui peratusan ini, konkrit memberikan ciri-ciri positif terhadap kekuatan dan keupayaan apabila terdedah kepada persekitaran sodium klorida. |
---|