Mekanisme pemerkasaan peranan da’i dalam dakwah bil hal: analisis tematik surah al-Taubah
Dakwah merupakan aktiviti yang penting bagi mengajak masyarakat kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Aktiviti dakwah boleh dilaksanakan melalui dakwah bil lisan dan dakwah bil hal. Namun, dalam konteks Malaysia, dakwah bil lisan dilihat lebih dominen dan menjadi pilihan para da’i berbanding dak...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/466/1/24p%20AZIZUL%20AZRA%20ABDUL%20RAZAK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/466/2/AZIZUL%20AZRA%20ABDUL%20RAZAK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/466/3/AZIZUL%20AZRA%20ABDUL%20RAZAK%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/466/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dakwah merupakan aktiviti yang penting bagi mengajak masyarakat kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Aktiviti dakwah boleh dilaksanakan melalui dakwah bil lisan dan dakwah bil hal. Namun, dalam konteks Malaysia, dakwah bil lisan dilihat lebih dominen dan menjadi pilihan para da’i berbanding dakwah bil hal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep dakwah bil hal dalam al-Quran dan al-Sunnah, menganalisis ciri-ciri da’i bil hal dalam surah al-Taubah dan membina mekanisme pemerkasaan peranan da’i dalam dakwah bil hal berdasarkan surah al-Taubah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian adalah analisis dokumen yang terdiri daripada 50 ayat daripada surah al-Taubah yang dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian telah mengenalpasti 3 aspek utama yang mewakili 50% (25 ayat) menepati aspek pendekatan, aspek tindakan 40% (20 ayat) dan aspek sasaran 10% (10 ayat). Justeru, peranan da’i dalam dakwah bil hal dapat dipertingkatkan melalui kerangka mekanisme yang komprehensif. Implikasi kajian menunjukkan dakwah bil hal merupakan metode dakwah yang sama penting dengan dakwah bil lisan dan ia perlu dijadikan alternatif terbaik dalam konteks dakwah semasa. Maka, kerangka pemerkasaan dakwah bil hal da’i ini berupaya memperbaiki usaha dakwah mreka. |
---|