Keberkesanan penggunaan edubase dalam kalangan pelajar teknikal yang berbeza gaya kognitif, afektif dan psikomotor di Politeknik Malaysia
Bahan bantu pengajaran yang digunakan secara bersesuaian dengan pelajar menyumbang kepada perkembangan pembelajaran mereka. Dalam dunia pendidikan teknikal, aspek kognitif dan psikomotor turut memberi kesan kepada kualiti pembelajaran pelajar. Kajian ini membincangkan tentang kesan penggunaan ED...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/339/1/24p%20MARLINI%20MANSOR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/339/2/MARLINI%20MANSOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/339/3/MARLINI%20MANSOR%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/339/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bahan bantu pengajaran yang digunakan secara bersesuaian dengan pelajar
menyumbang kepada perkembangan pembelajaran mereka. Dalam dunia pendidikan
teknikal, aspek kognitif dan psikomotor turut memberi kesan kepada kualiti
pembelajaran pelajar. Kajian ini membincangkan tentang kesan penggunaan
EDUBASE terhadap pencapaian dan minat pelajar yang mempunyai gaya kognitif,
afektif dan psikomotor yang berbeza dalam topik Electromagnetism. Seramai 70
orang pelajar politeknik yang terdiri daripada 33 pelajar kumpulan rawatan dan 37
pelajar kumpulan kawalan telah terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah
kuasi-ekperimen ini. Ujian kognitif, psikomotor, ujian pra-pasca dan kaji selidik telah
diagihkan untuk memantau kesan penggunaan EDUBASE terhadap pelajar. Dapatan
kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik MANCOVA, korelasi
Pearson dan skor min. Hasil dapatan dalam kajian ini menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang tidak signifikan secara statistik bagi skor pelajar kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan. Namun, skor min menunjukkan kumpulan rawatan
memberikan skor yang lebih cemerlang dan minat mereka juga turut meningkat dalam
topik pembelajaran tersebut berbanding pelajar yang mengaplikasikan pembelajaran
secara konvensional. Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan terhadap minat dan pencapaian. Di samping itu, EDUBASE
yang diaplikasikan telah memenuhi keperluan dan minat pelajar. Secara ringkasnya,
hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan EDUBASE sebagai alat bahan bantu
mengajar dilihat berkesan dalam memberikan kecemerlangan pencapaian dan
meningkatkan minat pelajar politeknik terhadap topik Electromagnetism. |
---|