Permainan mudah alih #Oh!Hiking
Aktiviti pendakian merupakan antara aktiviti luar yang menjadi pilihan oleh rakyat Malaysia terutamanya yang gemar aktiviti lasak dan mencabar serta meminati suasana rimba. Sehingga kini, terdapat banyak sumber maklumat berkaitan pendakian secara atas talian. Namun begitu, kebanyakan maklumat terseb...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTHM
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3242/1/Bab05.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3242/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Aktiviti pendakian merupakan antara aktiviti luar yang menjadi pilihan oleh rakyat Malaysia terutamanya yang gemar aktiviti lasak dan mencabar serta meminati suasana rimba. Sehingga kini, terdapat banyak sumber maklumat berkaitan pendakian secara atas talian. Namun begitu, kebanyakan maklumat tersebut adalah berasaskan teks dan kurang dalam bentuk permainan mudah alih. Selain itu adalah agak sukar untuk mendapat maklumat pendakian di dalam Bahasa Melayu. Justeru itu, aplikasi permainan mudah alih #Oh!Hiking ini dibangunkan untuk pelantar Android. Objektif utama pembangunan aplikasi ini adalah untuk menyediakan satu alternatif kepada pengguna yang ingin mendapatkan maklumat serta mempelajari keperluan untuk aktiviti pendakian melalui permainan mudah alih. Metodologi Game Development Life Cycle dipilih untuk pembangunan aplikasi ini kerana ia bersesuaian dengan jenis aplikasi yang dibangunkan. Aplikasi ini telah diuji oleh pengguna sasaran yang dipilih secara rawak. Pengujian dilakukan dari segi penerimaan pengguna, kebolehfungsian aplikasi dan tahap persembahan aplikasi. Hasil pengujian menunjukkan pengguna dapat menerima dengan baik aplikasi ini serta bersetuju bahawa kebolehfungsian dan tahap persembahan aplikasi adalah baik. Kesimpulannya, aplikasi #Oh! Hiking telah berjaya dibangunkan dengan memaparkan permainan Android yang mempunyai ciri-ciri pendakian yang dapat memberi pendedahan, pengetahuan baru dan gambaran awal tentang pendakian melalui medium penyampaian yang lebih santai iaitu di telefon mudah alih. |
---|