Penggunaan perkhidmatan terminal layan diri sistem perbankan dalam kalangan pengguna di Parit Raja, Johor

Perubahan teknologi yang semakin pesat telah memberikan impak yang besar ke atas perkembangan industri perbankan secara global termasuklah industri perbankan di Malaysia. Lantaran itu, wujud alternatif perkhidmatan bank melalui perbankan elektronik seperti Automated Teller Machines (ATM), phone bank...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Zaki, Nor Aniza, Rodzalan, Shazaitul Azreen, Mohd Noor, Noor Nazihah, Abdullah, Nor Hazana
Other Authors: Ahmad, Nurazwa
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3191/1/Bab12.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3191/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perubahan teknologi yang semakin pesat telah memberikan impak yang besar ke atas perkembangan industri perbankan secara global termasuklah industri perbankan di Malaysia. Lantaran itu, wujud alternatif perkhidmatan bank melalui perbankan elektronik seperti Automated Teller Machines (ATM), phone banking, PC-banking dan perbankan internet sebagai alat pemudah cara. Sistem perbankan turut berkembang seiring dengan arus perubahan teknologi dengan menyediakan perkhidmatan terminal layan diri selain perkhidmatan kaunter bank seperti mesin juruwang automatik, mesin deposit tunai, mesin deposit cek, mesin mengemas kini buku simpanan dan terminal helpline. Sistem perbankan dahulu dan kini jauh berbeza oleh kerana peredaran masa dan teknologi hari ini yang semakin berkembang pesat. Perkhidmatan terminal layan diri kini merupakan perkara penting dalam kehidupan seharian. Perubahan ini membawa kepada satu perubahan gaya hidup yang baharu. Penerimaan atau penolakan sesuatu inovasi bermula apabila pelanggan mengetahui tentang produk tersebut (Rogers & Shoemaker, 1971). Di United Kingdom, Daniel (1999) melaporkan bahawa pelanggan biasanya akan mencari produk kewangan dan bank yang menawarkan nilai yang terbaik kepada wang yang dilaburkan. Oleh itu, para pelanggan mesti diberitahu akan kewujudan dan kelebihan produk baharu berbanding saluran sedia ada melalui aktiviti promosi yang hebat agar ia lebih membantu pihak bank untuk mencapai sasarannya (Suganthi et al., 2001).