Tinjauan terhadap motivasi dan transformasi budaya kehidupan dalam kalangan pelajar baharu di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM
Pelajar peringkat universiti khususnya pelajar tahun pertama yang menyambung pengajian di universiti cenderung untuk mengalami masalah dalam menjalani kehidupan baharu mereka. Hal ini berkait dengan tahap motivasi pelajar terhadap perubahan gaya kehidupan seharian mereka. Kajian ini bertujuan unt...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit USIM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3028/1/J12584_535ca0e94f7ffecaaf91599998944f42.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3028/ https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.261 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelajar peringkat universiti khususnya pelajar tahun pertama yang
menyambung pengajian di universiti cenderung untuk mengalami masalah dalam
menjalani kehidupan baharu mereka. Hal ini berkait dengan tahap motivasi pelajar
terhadap perubahan gaya kehidupan seharian mereka. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti hubungan antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan
pelajar di peringkat universiti. Seramai 194 orang pelajar tahun pertama yang
mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional, FPTV, UTHM dipilih
sebagai responden dalam kajian ini. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah
berbentuk tinjauan yang melibatkan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi.
Satu set soal selidik telah diedar bagi mendapatkan data dalam kajian yang dijalankan
ini. Data yang dikumpul daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Science School (SPSS) versi 24 secara deskriptif yang
melibatkan pengiraan kekerapan, peratusan, dan min bagi mengenal pasti tahap faktor
diri, ibu bapa dan masyarakat yang mendorong motivasi serta faktor sosial dan
masyarakat yang mendorong transformasi budaya kehidupan pelajar. Data deskriptif
yang diperoleh menunjukkan nilai min bagi pembolehubah motivasi berada pada tahap
tinggi dan pembolehubah transformasi budaya kehidupan juga pada tahap tinggi.
Seterusnya, analisis statistik inferensi telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti
hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar dengan
merujuk kepada ujian Spearman’s Rank Correlation. Hasil dapatan menunjukkan nilai
korelasi berada pada nilai positif yang kuat. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan
tahap motivasi pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
UTHM mempunyai hubungan yang kuat dengan transformasi budaya kehidupan
mereka. |
---|