Pemodelan persamaan struktur dalam intervensi kelakuan penggunaan topi keledar dengan betul
Setiap tahun, lebih daripada 50% kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia membabitkan penunggang motosikal. Punca utama kematian adalah disebabkan kecederaan kepala yang serius. Salah satu strategi yang dikatakan berkesan untuk mencegah dan mengurangkan kecederaan kepala ialah dengan pem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3006/1/24p%20KAMARUDIN%20AMBAK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3006/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Setiap tahun, lebih daripada 50% kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia
membabitkan penunggang motosikal. Punca utama kematian adalah disebabkan kecederaan
kepala yang serius. Salah satu strategi yang dikatakan berkesan untuk mencegah dan
mengurangkan kecederaan kepala ialah dengan pemakaian topi keledar diikat kemas.
Namun, masih ramai penunggang motosikal tidak menggunakan atau memakai topi keledar
dengan betul. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenengahkan satu pendekatan baru
bagi menangani permasalahan pemakaian topi keledar di kalangan penunggang motosikal.
Bagi mendalami isu ini, teori dan model sains tingkah laku seperti Teori Tingkah Laku
Terancang (TPB) dan Model Kepercayaan Kesihatan (HBM) digunakan untuk meramal
keinginan menggunakan topi keledar dengan betul. Manakala, Model Penerimaan
Teknologi (TAM) digunakan untuk meramal keinginan penunggang motosikal
menggunakan Sistem Peringatan Topi Keledar (SPTK). Kajian ini melibatkan
pengumpulan data kajian secara kaedah pemerhatian dan kaji selidik. Sebanyak 1150 data
pemerhatian gaya pemakaian topi keledar telah dikumpulkan dan seramai 300 penunggang
motosikal telah mengisi borang soal selidik dengan kadar respons sebanyak 56% (daripada
533 yang ditemui). Hasil kajian pemerhatian menunjukkan 46.9% (540) daripada
penunggang menggunakan topi keledar dengan betul, 10.8% (124) tidak mengikat tali topi
keledar dan 42.3% (487) daripada mereka langsung tidak menggunakan topi keledar.
Model-model kajian telah dianalisis dan diuji menggunakan teknik analisis multivariat yang
dikenali sebagai Model Persamaan Struktur (SEM). Model struktur TPB dan TAM masingmasing
menunjukkan penilaian indek mutlak memenuhi kriteria model yang sesuai iaitu
melebihi nilai 0.9 dan juga ralat purata kurang dari 0.08. Sementara Model struktur HBM
didapati tidak memenuhi kriteria model yang baik dengan indek mutlak kurang daripada 0.9
dan ralat purata melebihi 0.08. Konstruk sikap dalam model struktur TPB menunjukkan
terdapat perkaitan yang signifikan terhadap keinginan menggunakan topi keledar dengan
betul, konstruk norma subjektif dan tahu kawal kelakuan mempunyai hubungan kovarian
yang signifikan dengan konstruk sikap. Manakala, model struktur TAM, konstruk tahu
mudah guna merupakan peramal yang kuat terhadap keinginan menggunakan sistem SPTK
berbanding konstruk tahu kegunaan. Bagi meningkatkan penggunaan topi keledar, satu
konsep reka bentuk Sistem Peringatan Topi Keledar (SPTK) dicadangkan khususnya
kepada penunggang motosikal. Hasilnya menunjukkan 90% daripada responden bersetuju
bahawa sistem SPTK akan meningkatkan penggunaan topi keledar dengan betul dan ini
akan memberikan kesan peningkatan kadar penggunaan topi keledar sebanyak 43%
daripada yang sedia ada. |
---|