Penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan di Sekolah Menengah Bestari
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan teknologi maklumat, keberkesanan penggunaan teknologi dan juga mencari langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan di Sekolah Menengah Bestari iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Nairn...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2774/1/ROS%20SAIDATUNNAZIAH%20MD%20YUSOFF%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2774/2/ROS%20SAIDATUNNAZIAH%20MD%20YUSOFF%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2774/3/ROS%20SAIDATUNNAZIAH%20MD%20YUSOFF%20-%20fulltext.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2774/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan teknologi maklumat, keberkesanan penggunaan teknologi dan juga mencari langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan di Sekolah Menengah Bestari iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Nairn Lilbanat, Kelantan. Kajian ini adalah berdasarkan kepada lima aspek pengurusan iaitu pengurusan Sumber Pendidikan, Hal Ehwal Pelajar, Sumber Luar, Perpustakaan dan Asrama. Kaedah kajian adalah secara kuantitatif. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa peratusan pengurusan berbantukan teknologi maklumat sudah berada di tahap yang kurang memuaskan iaitu 60%. Setiap pengurusan tetap menggunakan perkakasan yang disediakan oleh pihak sekolah dan penggunaan IT amat berkesan dalam pengurusan untuk memudahkan pengendalian keija walaupun masih ada kekurangan peralatan di situ. Bahagian pengurusan perpustakaan juga mengalami kekurangan komputer untuk kegunaan pelajar dan terdapat peralatan yang rosak untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Di bahagian akhir kajian ini beberapa cadangan yang difikirkan sesuai telah dikemukakan untuk membaiki kelemahan yang dikesan walaupun sudah berada dalam tahap yang boleh dibanggakan. |
---|