Pest activity prognosis in rice fields using fuzzy expert system approach
Logik kabur merupakan satu bentuk perwakilan pengetahuan bagi konsep yang tak dapat ditakrifkan secara tepat tetapi bergantung kepada konteks penggunaannya. Sistem Pakar adalah program komputer yang menggunakan pengetahuan manusia untuk menyelesaikan masalah khusus yang memerlukan kepintaran manusia...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2768/1/NUREIZE%20ARBAIY%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2768/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Logik kabur merupakan satu bentuk perwakilan pengetahuan bagi konsep yang tak dapat ditakrifkan secara tepat tetapi bergantung kepada konteks penggunaannya. Sistem Pakar adalah program komputer yang menggunakan pengetahuan manusia untuk menyelesaikan masalah khusus yang memerlukan kepintaran manusia. Oleh kerana pengetahuan yang terlibat dalam pengurusan serangga adalah tidak lengkap dan kabur, maka logik kabur diintegrasikan ke dalam sistem pakar untuk mengendalikan penaksiran anggaran. Sistem Pakar dan Logik Kabur mempunyai kelebihannya tersendiri dan gabungan kedua-dua teknologi yang membentuk sistem pakar-kabur dapat meningkatkan keupayaan sistem (Herrmann, 1996). Berdasarkan keupayaan logik kabur dan sistem pakar, peramalan aktiviti serangga di sawah padi menggunakan pendekatan pakar-kabur telah dibangunkan untuk menyediakan maklumat kepada petani dan penyelidik melalui Internet. Oleh kerana beras merupakan makanan ruji rakyat Malaysia dan Kedah merupakan kawasan utama penanaman padi di Malaysia, kajian ini memfokuskan kepada aktiviti serangga di sawah padi. Dalam MyPEST, jenis serangga yang mengakibatkan kerosakan pada tanaman padi ditentukan oleh sistem pakar, manakala Logik Kabur digunakan untuk meramalkan tahap aktiviti serangga. Ixii penting supaya rawatan awal dapat dilakukan sebelum kerosakan bertambah buruk. Sistem MyPEST membantu pengguna dengan mengendalikan rundingan pakar yang dikawalselia oleh sistem pakar dan logik kabur untuk peramalan dan menguruskan ketidakpastian data menggunakan pembolehubah lingistik. Sistem berasaskan web ini juga membantu petani dan institusi pertanian untuk menguruskan ladang dengan cekap dan dapat meningkatkan kualiti serta kuantiti beras yang dihasilkan. Dalam kajian ini, proses peramalan menggunakan lebih daripada satu attribut telah dikaji. Dapatan kajian menunjukkan sekiranya lebih daripada satu atribut terlibat, graf keputusan 3-dimensi yang kurang tegar dihasilkan. Penentuan jenis serangga adalah dalam fasa pertama MyPEST dan diikuti oleh peramalan aktiviti serangga yang dikenalpasti. Sistem ini telah disemak oleh pakar serangga di MARDi dan disahkan membawa manfaat kepada penyelidik di MARDI, MADA dan DOA khususnya dan petani secara keseluruhan. |
---|