Penggunaan strategi pembelajaran pengarahan kendiri di kalangan pelajar-pelajar jurusan perakaunan jabatan perdagangan di politeknik

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap Strategi Pembelajaran Pengarahan Kendiri (SPPK) di kalangan para pelajar jurusan perakaunan, Jabatan Perdagangan, di 3 buah politeknik iaitu Politeknik Shah Alam, Politeknik Kota Melaka dan Polikteknik Port Dickson. Secara khususnya, objektif kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Osman, Kaharuddin, Ahmad, Harlinda, Indiran, Logaiswari
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2673/1/KAHARUDDIN%20OSMAN%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2673/2/KAHARUDDIN%20OSMAN%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2673/3/KAHARUDDIN%20OSMAN%20-%20fulltext.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2673/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap Strategi Pembelajaran Pengarahan Kendiri (SPPK) di kalangan para pelajar jurusan perakaunan, Jabatan Perdagangan, di 3 buah politeknik iaitu Politeknik Shah Alam, Politeknik Kota Melaka dan Polikteknik Port Dickson. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk melihat penggunaan ciri-ciri strategi pembelajaran pengarahan kendiri di kalangan pelajar terbabit. Ciri-ciri yang terlibat adalah memahami isi pelajaran, motivasi, metakognitif, strategi pembelajaran, kepekaan konteks dan penggunaan sumber luaran sebagai bantuan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data yang diperlukan adalah menerusi pengedaran borang soal selidik kepada para responden. Kemudian, data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Dapatan kajian yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk jadual taburan min dan graf garis (line graf) bersertakan interpretasinya. Responden kajian adalah seramai 180 orang pelajar iaitu dari tiga buah politeknik yang telah ditetapkan. Kaedah yang digunakan untuk mengira jumlah responden itu adalah melalui kaedah persampelan strata. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar semester 1 dan 6 mempunyai ciri-ciri SPPK tetapi di tahap yang rendah. Antara cadangan untuk meningkatkan ciri-ciri tersebut ialah dengan meningkatkan isi pelajaran, membina dan meningkatkan motivasi pelajar, membantu menentukan strategi pembelajaran, metakognitif, memperkembangkan kepekaan konteks dan seterusnya meningkatkan penggunaan sumber luaran.