Pembangunan koswer Smart in Sirah Rasulullah sebagai alat bantu mengajar pelajar Tahun 1

Pada era milenium ini, penggunaan perisian multimedia interaktif digunakan secara meluas oleh para pengajar dan pelajar di mana ianya menjadi bahan rujukan tambahan untuk sesuatu pembelajaran. Sebagai satu usaha untuk mempelbagaikan bahan pengajaran, maka satu koswer bertajuk Smart in Sirah Rasulull...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hanifa, Rafizah, Idris, Nor Syazana Athirah, Mohd Noor, Amni Nur Aqilah, Nordin, Nurul Aina Shazwana
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2579/1/Bab05.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2579/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada era milenium ini, penggunaan perisian multimedia interaktif digunakan secara meluas oleh para pengajar dan pelajar di mana ianya menjadi bahan rujukan tambahan untuk sesuatu pembelajaran. Sebagai satu usaha untuk mempelbagaikan bahan pengajaran, maka satu koswer bertajuk Smart in Sirah Rasulullah telah dibangunkan sebagai satu medium pengajaran dan pembelajaran tambahan bagi murid Tahun Satu. Sirah Nabi Muhammad dipilih kerana sebagai seorang Islam, kisah Rasul terakhir ini perlu diketengahkan agar kanak-kanak di awal usia lagi akan mengagumi perjuangan Rasulullah. Bagi membantu pelajar Tahun 1 untuk memahami dan mengingati jalan cerita yang disampaikan, beberapa gabungan elemen multimedia digunakan seperti audio, grafik, teks dan animasi untuk menjadikan modul lebih efektif, menarik dan mampu merangsang minda pelajar. Penggunaan tema suasana bukit di padang pasir telah digunakan bagi memastikan antara muka koswer konsisten. Isi kandungan koswer diolah berpandukan buku teks Sirah Tahun 1 yang telah diguna pakai di sekolah-sekolah agama negeri Johor. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Flash CS6, Adobe Photoshop CS6 dan Adobe Illustrator CS6 untuk menghasilkan modul interaktif yang lebih menarik dan efektif. Sebagai langkah penambahbaikan koswer pada masa yang akan datang, kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 20 responden untuk tujuan penilaian dan memberikan pendapat tentang koswer yang dibangunkan. Sebelum sesi soal selidik dilakukan, para responden telah mencuba sendiri koswer yang dibangunkan dan setelah itu mereka menjawab borang soal selidik yang merangkumi penggunaan modul interaktif serta pendapat mereka tentang koswer yang telah hasilkan. Hasil keputusan menunjukkan bahawa hampir 80% responden bersetuju bahawa koswer yang dibangunkan ini mampu dijadikan bahan rujukan tambahan bagi mata pelajaran Sirah Rasulullah bagi pelajar Tahun 1.