Hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia (KVKPM)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis dimensi kecerdasan emosi pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 261 pelajar-pelajar yang mengambil pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kolej Vokasional Zon Selatan iaitu di Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vok...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2118/1/24p%20SABARIAH%20SIDEK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2118/2/SABARIAH%20SIDEK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2118/3/SABARIAH%20SIDEK%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2118/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis dimensi kecerdasan emosi pelajar
serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 261 pelajar-pelajar yang
mengambil pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kolej Vokasional Zon
Selatan iaitu di Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional Seremban dan Kolej
Vokasional Melaka. Mereka dipilih secara rawak sistematik. Satu set soal selidik telah
digunakan untuk kajian ini. Soal selidik merupakan instrumen utama yang akan
digunakan untuk menentukan tahap kecerdasan emosi pelajar Kolej Vokasional
Kluang. Soal selidik yang dibangunkan akan dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu
bahagian A, dan bahagian B. Bagi bahagian B, soalan-soalan soal selidik diadaptasikan
daripada kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan kecerdasan emosi dan
pencapaian akademik pelajar. Dalam soalan soal selidik, dimasukkan lima domain
penting dalam kecerdasan emosi (kompetensi diri dan kompetensi sosial), iaitu
motivasi, kawalan kendiri, kesedaran kendiri, kemahiran sosial dan kepentingan orang
ramai (empati). Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah
yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.951. Data dianalisis
dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan
piawai kepada jenis- jenis dimensi kecerdasan emosi. Manakala statistik inferensi iaitu
analisis Kolerasi Spearman digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pemboleh
ubah iaitu hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Analisis
menggunakan perisian SPSS menunjukkan terdapatnya hubungan dengan signifikan
antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar iaitu pada nilai -0.007.
Secara keseluruhannya, pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi
berpotensi untuk memperolehi pencapaian akademik yang lebih baik. |
---|