Cabaran pelajar antarabangsa di Kolej Kediaman UTHM

Setiap pelajar mempunyai pelbagai cabaran tersendiri semasa mereka mengikuti pengajian di peringkat universiti. Cabaran ini terpaksa dilalui oleh mereka dan besar kemungkinan ianya akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti masalah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamid, Nurul Hidayati
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2053/1/24p%20NURUL%20HIDAYATI%20HAMID.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2053/2/NURUL%20HIDAYATI%20HAMID%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2053/3/NURUL%20HIDAYATI%20HAMID%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2053/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap pelajar mempunyai pelbagai cabaran tersendiri semasa mereka mengikuti pengajian di peringkat universiti. Cabaran ini terpaksa dilalui oleh mereka dan besar kemungkinan ianya akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti masalah dominan yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa yang tinggal di Kolej Kediaman UTHM. Masalah penyesuaian yang dikaji meliputi akademik, sosial dan peribadi-emosi. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap keselesaan interaksi dalam kalangan pelajar antarabangsa. Perbezaan antara masalah yang dihadapi dengan ciri-ciri demografi juga turut dikaji. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif dan inferensi ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen di mana ia melibatkan 98 orang pelajar antarabangsa yang tinggal di Kolej Kediaman UTHM. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan pendekatan Rasch Model melalui perisian Winstep versi 3.69. Hasil kajian mendapati (i) masalah penyesuaian sosial dilihat sebagai masalah dominan yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa dengan nilai mean measure 0.18 logit; (ii) tahap keselesaan interaksi dalam kalangan pelajar antarabangsa pula berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min 2.70; (iii) tiada perbezaan yang signifikan antara masalah penyesuaian akademik dengan CPA; (iv) tiada perbezaan yang signifikan antara masalah penyesuaian sosial dengan CPA; (v) tiada perbezaan yang signifikan antara masalah penyesuaian peribadi-emosi dengan CPA; (vi) tiada perbezaan yang signifikan antara masalah penyesuaian akademik dengan negara; (vii) tiada perbezaan yang signifikan antara masalah penyesuaian sosial dengan negara; (viii) terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah penyesuaian peribadi-emosi dengan negara. Diharap maklumat daripada tulisan ini akan memberikan kesedaran dan manfaat bagi semua mengenai isu berkaitan dengan cabaran pelajar antarabangsa untuk kesejahteraan warga dan organisasi.