Kajian keberkesanan olahan larut lesapan menggunakan elektrod aluminum dan ferum dalam sistem elektro-penggumpalan

Elektro-pengumpalan merupakan satu kaedah alternatif yang kompetatif selain daripada kaedah konvesional bagi merawat air sisa terutamanya larut lesapan yang mempunyai struktur bahan pencemar yang kompleks dan tinggi. Kajian keberkesanan elekto-penggumpalan telahpun dijalankan bagi menentukan keb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahaya, Izat
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1924/1/24p%20IZAT%20YAHAYA.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1924/2/IZAT%20YAHAYA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1924/3/IZAT%20YAHAYA%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1924/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Elektro-pengumpalan merupakan satu kaedah alternatif yang kompetatif selain daripada kaedah konvesional bagi merawat air sisa terutamanya larut lesapan yang mempunyai struktur bahan pencemar yang kompleks dan tinggi. Kajian keberkesanan elekto-penggumpalan telahpun dijalankan bagi menentukan keberkesanan sistem ini beroperasi. Objektif utama kajian ini adalah bagi mengkaji keberkesanan dan potensi sistem beroperasi dengan menggunakan empat jenis susunan elektrod, Fe-Fe, Al-Al, Fe dan aluminum sulfat di samping penentuan nilai optimum ketumpatan arus elektrik, jarak antara elektrod, masa tindakbalas, pH, masa enapan dan aluminum sulfat. Penggunaan CILAS Analyzer digunakan bagi menentukan saiz flok di setiap penentuan optimum yang diperolehi. Sebanyak 750 liter sampel larut lesapan diambil pada awal bulan Disember 2010 - Januari 2011. Pengujian awalan BOD, COD, pepejal terampai, nitrogen ammonia, warna dan kekeruhan turut diuji terhadap sampel mentah yang diperolehi. Reaktor kaca bersaiz 300mm x 80mm x 200mm (4 L sampel) dengan luas berkesan elektrod penggumpal, 60 sm + - + - -Al , Al -Fe 2 digunakan di samping ujian penyingkiran parameter seperti COD, pepejal terampai, nitrogen ammonia warna dan kekeruhan turut diuji di dalam kajian ini. Hasil keseluruhan kajian mendapati bahawa penggunaan elektrod Al-Al memberikan peratus penyingkiran tertinggi di mana penentuan optimum yang diperolehi bagi ketumpatan arus elektrik adalah 0.025 amp/sm , jarak antara elektrod, 10 cm, masa tindakbalas, 60 minit, pH 5 dan masa enapan, 30 minit. Peratus penyingkiran yang diperolehi bagi COD, pepejal terampai, nitrogen ammonia, warna dan kekeruhan adalah 82.5%, 94.7%, 65.6%, 91% and 90.6%. Percampuran aluminum sulfat terhadap penggunaan elektrod Al-Al memberikan dos optimum sebanyak 1500 mg/l di mana penyingkiran tertinggi yang diperolehi bagi COD, pepejal terampai, nitrogen ammonia, warna dan kekeruhan adalah 84.2%, 81%, 80.3%, 75% and 81.1%. Kesimpulanya, penggunaan elektrod Al-Al dicadangkan, di mana sedikit pra olahan perlu dilakukan bagi menepati piawaian yang dibenarkan oleh Standard Malaysia bagi tahap lepasan larut lesapan. Katakunci: air sisa domestik; Elektro-pengumpalan; larut lesapan