Pembangunan dan pengujian prototaip pembelajaran mobile berasaskan prestasi (MOBICAD) dalam kursus reka bentuk berbantu komputer (CAD)

Penyelesaian masalah merupakan elemen yang penting dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) merupakan kursus PTV yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah yang baik dan memerlukan bahan pembelajaran yang berkesan seiring perkembangan teknologi terki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Irwan Mahazir
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1732/1/24p%20IRWAN%20MAHAZIR%20ISMAIL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1732/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelesaian masalah merupakan elemen yang penting dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) merupakan kursus PTV yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah yang baik dan memerlukan bahan pembelajaran yang berkesan seiring perkembangan teknologi terkini. Model Berasaskan Prestasi merupakan model yang dinamik dan sensitif kepada perubahan teknologi. Kajian ini bertujuan membangun dan menguji Prototaip Pembelajaran Mobile Berasaskan Prestasi (MobiCAD) dalam kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah pelajar di politeknik. Kajian ini terbahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pembangunan dan fasa penilaian. Bagi fasa pembangunan MobiCAD di bangun menggunakan model ADDIE bagi merancang pembangunan dan mengintegrasikan dua model iaitu Model Berasaskan Prestasi serta Model Penyelesaian Masalah dengan menerapkan teori konstruktivis dan teori pembelajaran mobile. Bagi fasa penilaian pula, MobiCAD dinilai dari aspek penyelesaian masalah, aktiviti MobiCAD dan Strategi Berasaskan Prestasi berdasarkan gaya pembelajaran pelajar politeknik dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik, protokol temu bual dan prototaip MobiCAD. Pemilihan sampel dilakukan dengan kaedah rawak berdasarkan gaya pembelajaran pelajar yang terdiri daripada 60 orang pelajar yang mengambil kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer di politeknik. Analisis data yang digunakan ialah statistik deskriptif dan analisis kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan tahap tinggi terhadap penyelesaian masalah, aktiviti dan strategi pembelajaran berasaskan prestasi terhadap kebolehgunaan MobiCAD bagi pelajar politeknik. Namun data kualitatif menunjukkan setiap kumpulan mempunyai kecenderungan berbeza bagi memilih aktiviti pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran pelajar. Ini menunjukkan MobiCAD mampu menyediakan bahan pembelajaran yang baik serta pelajar mampu memilih aktiviti yang bersesuaian kepada keperluan pelajar berdasarkan Strategi Berasaskan Prestasi dan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penerapan model pembelajaran berasaskan prestasi dan model penyelesaian masalah ke dalam bentuk mobile. Bahan sokongan yang dibangunkan terhadap kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) melalui Menu dan aktiviti mobile memberi kesan yang positif dan sesuai bagi diaplikasikan sebagai pembelajaran alternatif kelak. Sumbangan keseluruhan kajian ini adalah terhadap pembangunan prototaip MobiCAD yang membantu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah pelajar di politeknik dan instrumen kajian