Etnoentomologi dalam kalangan kaum Orang Asli dan Melayu di Semenanjung Malaysia

Pengetahuan tradisional merupakan amalan turun-temurun komuniti etnik tertentu berkaitan dengan cara hidup yang unik bagi etnik tersebut. Ini termasuk penggunaan sumber semulajadi. Amalan menggunakan serangga dalam kalangan etnik dalam kehidupan harian dinamakan etnoentomologi. Pendokumentasian makl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Nurul Ashikin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1660/2/NURUL%20ASHIKIN%20ISMAIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1660/1/24p%20NURUL%20ASHIKIN%20ISMAIL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1660/3/NURUL%20ASHIKIN%20ISMAIL%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1660/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengetahuan tradisional merupakan amalan turun-temurun komuniti etnik tertentu berkaitan dengan cara hidup yang unik bagi etnik tersebut. Ini termasuk penggunaan sumber semulajadi. Amalan menggunakan serangga dalam kalangan etnik dalam kehidupan harian dinamakan etnoentomologi. Pendokumentasian maklumat etnoentomologi didapati sangat kurang dan tiada bukti saintifik mengenai tuntutan tersebut. Oleh itu, kajian perlu dilakukan untuk memelihara pengetahuan tradisional daripada terhakis serta menyerlahkan potensi serangga tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mendokumentasikan pengetahuan tradisional tentang penggunaan serangga oleh kaum Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia serta membandingkan hasil kajian dengan maklumat etnoentomologi di Sabah. Di samping itu, kajian ini juga untuk mengenalpasti penggunaan serangga oleh etnik di kedua-dua kawasan tersebut. Objektif seterusnya ialah membandingkan maklumat etnoentomologi di Malaysia dengan di negara-negara lain dan menghasilkan kompilasi maklumat etnoentomologi di Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah temuramah, pencarian atas talian serta pengumpulan spesimen. Amnya hasil kajian menunjukkan sepuluh order serangga digunakan di Semenanjung Malaysia sebagai makanan, dalam perubatan dan kepercayaan. Serangga juga mempunyai kegunaan lain seperti sebagai umpan dan hiburan. Bilangan serangga yang digunakan di Sabah lebih tinggi iaitu 12 order. Secara keseluruhan, di Malaysia 12 order yang digunakan ialah Hymenoptera; Coleoptera; Orthoptera; Homoptera; Lepidoptera; Hemiptera; Odonata; Blattodea; Mantodea; Phasmatodea; Diptera dan Neuroptera, manakala di luar negara sebanyak 13 order; tidak termasuk Phasmatodea tetapi termasuk Trichoptera dan Plecoptera. Berdasarkan analisis data mendapati serangga mengandungi mineral, vitamin dan protein yang tinggi. Antara sifat pada kimia serangga termasuk antiradang dan antibakteria di samping sifat lain. Pemerolehan data kimia ini boleh menyokong dakwaan responden. Sepuluh spesies serangga yang lazim digunakan di Malaysia beserta maklumat taksonomi, ekologi, etnoentomologi dan kimia serangga berkenaan dijadikan kompilasi maklumat v etnoentomologi di Malaysia. Koleksi baucar serangga disimpan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kesimpulannya, pendokumentasian pengetahuan tradisional merupakan sesuatu yang sangat bernilai dan kajian saintifik perlu dilakukan terhadap serangga yang digunakan untuk menyokong maklumat etnoentomologi yang dibuat oleh responden.