Pengaruh tahap stres terhadap kepuasan kerja dalam Kalangan pengajar kolej vokasional di Negeri Pahang

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji mengenai pengaruh stres terhadap kepuasan kerja dalam kalangan pengajar KV di negeri Pahang dengan memberikan tumpuan kepada tiga aspek iaitu aspek beban kerja, aspek karenah pelajar serta aspek penghargaan dan sokongan. Seramai 240 orang responden y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman, Noor Mala
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1602/1/24p%20NOOR%20MALA%20OTHMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1602/2/NOOR%20MALA%20OTHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1602/3/NOOR%20MALA%20OTHMAN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1602/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji mengenai pengaruh stres terhadap kepuasan kerja dalam kalangan pengajar KV di negeri Pahang dengan memberikan tumpuan kepada tiga aspek iaitu aspek beban kerja, aspek karenah pelajar serta aspek penghargaan dan sokongan. Seramai 240 orang responden yang terdiri daripada kalangan pengajar di lapan buah KV di negeri Pahang telah dipilih secara rawak mudah. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.898. Soal selidik berkaitan pengaruh stres terhadap kepuasan kerja dibina sendiri dan selebihnya diubahsuai berpandukan instrumen yang digunakan oleh penyelidik terdahulu bagi menyediakan pelbagai jenis soalan berdasarkan objektif kajian. Kajian sebenar dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik mengandungi 58 item soalan kepada 240 responden. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 22. Analisis statistik deskriptif iaitu skor min dan sisihan piawai digunakan bagi mengenal pasti tahap stres bagi aspek beban tugas, karenah pelajar serta penghargaan dan sokongan dalam kalangan pengajar. Manakala analisis ujian regrasi pelbagai digunakan bagi mengesan pengaruh stres terhadap kepuasan kerja. Dapatan kajian mendapati min keseluruhan tahap stres bagi aspek beban tugas dan karenah pelajar adalah sederhana dengan nilai skor min 3.49. Manakala hasil dapatan keseluruhan nilai min bagi konstruk tahap stres aspek penghargaan dan sokongan berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.81. Dapatan analisis ujian regrasi pelbagai pula menunjukkan tahap stres bagi aspek beban tugas, aspek karenah pelajar dan aspek penghargaan dan sokongan mempengaruhi kepuasan kerja. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini dalam usaha menangani stres yang berterusan serta boleh mempengaruhi tahap kepuasan kerja. Antara cadangan pengkaji adalah tenaga pengajar diberi lebih banyak pendedahan berkaitan perubahan sistem pendidikan vokasional yang dialami sekarang agar mereka lebih bersedia dalam menggalas tugas yang baharu seterusmya akan memberi kepuasan kerja dalam kalangan pengajar KV.