Faktor yang mendorong kecenderungan pelajar kolej vokasional ke arah bidang keusahawanan
Masih ramai graduan yang menganggur walaupun sudah beberapa tahun menamatkan pengajian di IPT. Masalah pengangguran pada masa kini boleh diatasi dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya mantap yang memberikan peluang berpotensi tinggi potensi untuk diterokai. Kajian ini dijal...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1461/1/24p%20ERINIWATI%20ALIZA%20MIAAT.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1461/2/ERINIWATI%20ALIZA%20MIAAT%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1461/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masih ramai graduan yang menganggur walaupun sudah beberapa tahun
menamatkan pengajian di IPT. Masalah pengangguran pada masa kini boleh diatasi
dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya mantap yang
memberikan peluang berpotensi tinggi potensi untuk diterokai. Kajian ini dijalankan
untuk mengkaji faktor yang mendorong kecenderungan pelajar KV ke arah bidang
keusahawanan. Terdapat empat faktor yang difokuskan dalam kajian ini iaitu faktor
kemahiran, sikap, latar belakang pendidikan dan latar belakang keluarga. Sampel
kajian terdiri daripada 150 orang pelajar semester 3 di tiga buah KV iaitu KV Puteri,
KV Chenor dan KV Temerloh. Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan deskriptif
dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu skor min dan
korelasi Pearson menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) versi 18.0. Dapatan menunjukkan skor min bagi faktor kemahiran, sikap dan
latar belakang pendidikan pada tahap tinggi iaitu masing-masing 4.02, 4.04 dan 3.93.
Manakala bagi faktor latar belakang keluarga menunjukkan skor min yang sederhana
iaitu 2.78. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara latar belakang keluarga dengan kemahiran keusahawanan. Sebagai
kesimpulan, faktor kemahiran, sikap dan latar belakang pendidikan mempengaruhi
kecenderungan keusahawanan pelajar pada tahap tinggi, manakala faktor latar
belakang keluarga hanya mempengaruhi kecenderungan keusahawanan pelajar pada
tahap sederhana.
Kata kunci : Keusahawanan , kemahiran, sikap, latar belakang pendidikan dan latar
belakang keluarga |
---|