Amalan penyeliaan pensyarah pembimbing terhadap pelaksanaan latihan industri di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji aspek-aspek amalan penyeliaan pensyarah pembimbing terhadap pelaksanaan latihan industri. Kajian ini dijalankan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang. Reka bentuk kajian ini ialah berbentuk tinjauan. Kajian ini melibatkan penglibata...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1455/1/24p%20ASIANA%20BAHARUDDIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1455/2/ASIANA%20BAHARUDDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1455/3/ASIANA%20BAHARUDDIN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1455/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji aspek-aspek amalan penyeliaan pensyarah
pembimbing terhadap pelaksanaan latihan industri. Kajian ini dijalankan di Politeknik
Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang. Reka bentuk kajian ini ialah berbentuk
tinjauan. Kajian ini melibatkan penglibatan dari pensyarah pembimbing dan pelajar dari
tiga Jabatan Kejuruteraan iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam. Seramai 30 responden yang terdiri dari
pensyarah pembimbing dan 90 responden terdiri dari pelajar dipilih secara rawak terlibat
dalam kajian ini. Komponen amalan penyeliaan pensyarah pembimbing dibahagikan
kepada tiga (3) konstruk iaitu konstruk pengetahuan, konstruk kemahiran dan konstruk
sikap. Kajian rintis telah dijalankan dalam kalangan 30 orang pensyarah pembimbing dan
30 orang pelajar politeknik yang dipilih. Alpha Cronbach digunakan untuk menguji
ketekalan dalaman item dalam soal selidik dan nilainya ialah 0.636 bagi soal selidik
pensyarah pembimbing. Manakala Alpha Cronbach dalam soal selidik pelajar
memberikan nilai 0.903. Dalam kajian ini, analisis diskriptif seperti peratusan, min dan
frekuensi digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri aspek amalan penyeliaan pensyarah
pembimbing dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dengan menggunakan bantuan
perisisan Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 22.0 (SPSS).
Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis dalam kajian ini. Dapatan kajian
menunjukkan skor min konstruk pengetahuan, kemahiran dan sikap merupakan aspek yang
berada pada tahap yang sederhana dari pensyarah pembimbing dan pelajar. Ini
menunjukkan wujud kesinambungan jawapan soal selidik antara pensyarah pembimbing
dan pelajar. Ujian korelasi di antara aspek amalan kemahiran dan pengetahuan serta aspek
amalan sikap menunjukan terdapat hubungan yang signifikan. Kesimpulan yang
diperolehi daripada kajian ini ialah pensyarah pembimbing perlu memiliki amalan-amalan
penyeliaan yang lebih menjurus kepada pembentukan pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang diperlukan oleh pelajar semasa menjalani latihan industri bagi melengkapkan
keperluan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan kelak. |
---|