Pembangunan indeks keselesaan dalam koc tren
Perkhidmatan tren merupakan sebahagian dari sistem transit yang kini semakin popular dalam pembangunan sistem pengangkutan awam. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap keselesaan penumpang di dalam koc tren di Bandaraya Kuala Lumpur dengan menggunakan data cerapan di lapangan dan kajian maklu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/102/1/24p%20NOOR%20HAFIZA%20NORDIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/102/2/NOOR%20HAFIZA%20NORDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/102/3/NOOR%20HAFIZA%20NORDIN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/102/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkhidmatan tren merupakan sebahagian dari sistem transit yang kini semakin
popular dalam pembangunan sistem pengangkutan awam. Kajian ini dilaksanakan
bagi menilai tahap keselesaan penumpang di dalam koc tren di Bandaraya Kuala
Lumpur dengan menggunakan data cerapan di lapangan dan kajian maklumbalas
penumpang. Hasil kajian ini digunakan untuk membantu membangunkan satu sistem
Indeks Keselesaan Dalam Koc Tren atau Railway Coach Comfortability Index (RCCI).
Lima (5) parameter utama telah dikenalpasti sebagai indikator pengukur iaitu
keselamatan, teknikal, keselesaan termal, informasi dan fasiliti. Kajian ini berjaya
membangunkan satu Bulatan Parametrik RCCI bagi menggambarkan hubungkait di
antara parameter utama dan sub-parameter RCCI. Selain itu, terdapat juga dua novelti
hasil dari kajian ini iaitu menghasilkan persamaan RCCI serta Sistem Rating
Alphanumeric dan Star Rating yang menentukan tahap keselesaan penumpang di
dalam koc tren. Hasil dapatan kajian menunjukkan LRT Laluan Ampang telah
menjana nilai indeks RCCI bersamaan dengan ‘B3’ atau 5 Bintang manakala LRT
Laluan Kelana Jaya telah menjana nilai Indeks RCCI bersamaan dengan ‘B2’ atau 6
Bintang. Perbandingan dijalankan di antara hasil kajian di lapangan dengan
maklumbalas penumpang mendapati tiada perbezaan yang ketara bagi pandangan.
Bagi menentukan Indeks RCCI juga boleh digunakan untuk sistem pengangkutan
transit tren yang lain, proses verifikasi telah dilakukan. Hasil mendapati nilai Indeks
RCCI bagi sistem Monorel adalah ‘C3’ atau bersamaan dengan 4 Bintang. Ia
menunjukkan sistem LRT mempunyai tahap keselesaan penumpang di dalam koc yang
lebih baik berbanding dengan sistem Monorel. Oleh itu, sebagai kesimpulan, kajian
ini telah mendapati RCCI bagi kedua-dua sistem LRT adalah pada tahap yang baik.
Diharapkan Sistem Indeks ini dapat disesuaikan sebagai indeks yang menilai
keselesaan penumpang dalam sistem pengangkutan awam yang lain. Di jangkakan
terdapat beberapa parameter mungkin perlu diselaraskan bergantung kepada jenis
sistem pengangkutan yang akan dinilai. |
---|