Membezakan Tanggapan Kelantangan Bunyi dengan Menggunakan Nada Sinus Berulangan
Semasa proses tetapan peranti bantuan pendengaran, tahap paling kuat tetapi selesa (PKS) adalah tahap kelantangan bunyi yang paling sukar ditentukan dengan tepat melalui kaedah yang sedia ada iaitu secara lisan atau pun tingkah laku. Ini adalah kerana pengguna peranti bantuan pendengaran ini haru...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/8630/1/SHPKPT2013.pdf http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/8630/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Semasa proses tetapan peranti bantuan pendengaran, tahap paling kuat tetapi selesa (PKS) adalah
tahap kelantangan bunyi yang paling sukar ditentukan dengan tepat melalui kaedah yang sedia ada
iaitu secara lisan atau pun tingkah laku. Ini adalah kerana pengguna peranti bantuan pendengaran ini
harus menilaikan sendiri tahap kelantangan bunyi yang diberikan. Oleh kerana tahap ini adalah tahap
yang bersempadan dengan tahap yang sangat kuat tetapi tidak selesa (SKTS), ianya amat mengelirukan
pengguna. Tahap SKTS tidak diambil kira untuk penentuan skala kelantangan bunyi kerana untuk
jangka masa yang lama, tahap ini akan merosakkan pendengaran pengguna. Proses tetapan akan lebih
mencabar jika pengguna tidak pernah ada pengalaman mendengar seperti kanak-kanak. Oleh yang
demikian, untuk satu kaedah pengukuran skala kelantangan bunyi yang objektif, kesan penurunan
puncak gelombang N100 terhadap tahap tanggapan kelantangan bunyi dikaji bagi membezakan antara
tahap PKS dan SKTS di dalam kajian ini. Hasilnya, peratusan penurunan puncak N100 dilihat menurun
dengan peningkatan kelantangan bunyi. Daripada hasil keputusan, didapati bahawa bagi tahap SKTS,
peratusan penurunan puncak N100 tidak melebihi 1.95% oleh 3 daripada 7 subjek. Manakala PKS
menunjukkan peratusan penurunan puncak N100 yang lebih tinggi daripada SKTS dan lebih rendah
daripada tahap SEDERHANA. Kesimpulannya, tanggapan kelantangan bunyi boleh diukur melalui
peratusan penurunan puncak N100 dan kaedah ini boleh digunakan untuk tetapan peranti bantuan
pendengaran secara objektif. |
---|