Keselarasan personaliti-persekitaran, keakuran terhadap ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar sebuah IPTA di Malaysia

Kajian ini dijalankan untuk menguji kesan keselarasan personaliti-persekitaran, dan keakuran kepada kehendak ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar jurusan teknikal. Kajian ini dijalankan di sebuah IPTA di Malaysia. Subjek kajian terdiri daripada 380 orang pelajar tahun akhir program kejurute...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Rozelan, Yunus, Amir , Aris, Rusnani, Abdul Kadir
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/4924/1/LICER_2012_Full_Paper_Dr._Ahmad_Rozelan_Yunus_-_KESELARASAN_PERSONALITI%2C_KEAKURAN.pdf
http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/4924/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menguji kesan keselarasan personaliti-persekitaran, dan keakuran kepada kehendak ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar jurusan teknikal. Kajian ini dijalankan di sebuah IPTA di Malaysia. Subjek kajian terdiri daripada 380 orang pelajar tahun akhir program kejuruteraan yang dipilih secara rawak mudah. Alat kajian yang digunakan ialah alat ukur keakuran yang dibina oleh pengkaji dengan kebolehpercayaan Nilai Alpha Cronbach .783, dan Self-Directed Search – Form Easy (SDS) yang diterjemahkan oleh Amla Mohd Salleh (1984) untuk mengukur minat kerjaya. telah digunakan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pelajar dari hanya lima daripada tujuh belas program pengajian selaras dengan ciri program yang dicadangkan oleh Holland melalui The Educational Opportunities Finder (Rosen, Holmberg, Holland, 1994). Dapatan utama kajian ini ialah keselarasan didapati tidak memberi kesan terhadap pencapaian akademik, tetapi sebaliknya, keakuran memberi kesan kepada pencapaian akademik. Sehubungan dengan keputusan yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.