Keberkesanan Perancangan Strategik Pembangunan Pertanian Di Aceh: Suatu Penelitian Kualitatif
Pertanian merupakan salah satu sektor ekonomi terpenting di Aceh. Namun, perancangan strategik pembangunan pertanian yang diamalkan oleh agensi kerajaan di Aceh dilihat masih belum berkesan meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat. Kajian ini mempunyai empat objektif iaitu: mengenal pasti fakt...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/59764/1/24%20Pages%20from%20RUSTAM%20EFFENDI.pdf http://eprints.usm.my/59764/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pertanian merupakan salah satu sektor ekonomi terpenting di Aceh. Namun,
perancangan strategik pembangunan pertanian yang diamalkan oleh agensi kerajaan di
Aceh dilihat masih belum berkesan meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat.
Kajian ini mempunyai empat objektif iaitu: mengenal pasti faktor-faktor penyebab
perancangan strategik pembangunan pertanian masih belum berkesan dalam
meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat Aceh; mengkaji keselarasan
perancangan strategik pembangunan pertanian dengan keadaan semasa sektor
pertanian di Aceh; menganalisis implementasi perancangan strategik pembangunan
pertanian dalam rancangan kerja kerajaan di Aceh; dan mengenal pasti cadangan untuk
penambahbaikan perancangan strategik pembangunan pertanian supaya lebih berkesan
dalam meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat Aceh. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif. Pengumpulan data dilakukan melalui
kaedah temu bual separa berstruktur, analisis dokumen, dan pemerhatian. Kaedah
pensampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Seramai 28 orang informan dipilih
yang terdiri daripada ketua jabatan, setiausaha serta staf perkhidmatan di badan
perancangan pembangunan dan agensi kerajaan yang menguruskan pertanian di lokasi
kajian iaitu Aceh Besar dan Pidie Jaya, serta Banda Aceh sebagai pusat Kerajaan Aceh. |
---|