Rekabentuk Pemenggal Arus Terus 5V, 10A

Matlamat utama projek ini adalah untuk merekabentuk satu litar pemenggal arus terus untuk aplikasi 5V, 10A. Fungsi litar ini adalah untuk menukar satu sumber masukan voltan arus terus kepada keluaran voltan arus terus. Voltan masukan diantara 10V hingga 48V boleh digunakan. Tetapi dalam projek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Osman, Mohamad Farid
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57947/1/Rekabentuk%20Pemenggal%20Arus%20Terus%205V%2C%2010A_Mohamad%20Farid%20Osman.pdf
http://eprints.usm.my/57947/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Matlamat utama projek ini adalah untuk merekabentuk satu litar pemenggal arus terus untuk aplikasi 5V, 10A. Fungsi litar ini adalah untuk menukar satu sumber masukan voltan arus terus kepada keluaran voltan arus terus. Voltan masukan diantara 10V hingga 48V boleh digunakan. Tetapi dalam projek ini, voltan masukan 10V dipilih. Projek ini juga mensasarkan kecekapan litar melebihi 80%. Analisis litar dijalankan menggunakan perisian Psim bagi menguji litar yang telah direkabentuk. Di antara analisis-analisis yang dijalankan adalah mengubah nilai-nilai parameter seperti frekuensi pensuisan dan kitar tugas agar sesuai dengan keperluan litar. Rekabentuk litar pensuisan pula menggunakan teknik PWM yang mampu menghasilkan isyarat dengan kadar tempoh pensuisan yang pantas. Untuk memastikan litar pemenggal beroperasi pada kecekapan yang tinggi, frekuensi pensuisan yang baik ditentukan. Litar bekalan kuasa yang menjadi masukan voltan arus terus juga direkabentuk. Litar bekalan kuasa ini mengandungi penerus titi yang berfunsi sebagai penukar voltan arus ulang-alik kepada voltan arus terus. Keseluruhan projek menggunakan pendekatan dalam bidang elektronik kuasa.