Pengesanan Cahaya Menggunakan Penglihatan Mesin
Sambaran kilat boleh mengakibatkan kerosakkan harta benda, kecederaan yang teruk dan kematian yang menyedihkan. Disebabkan oleh bahaya yang dinyatakan itu, semua jenis bangunan lebih dari tiga tingkat akan dilengkapi dengan sistem perlindungan kilat. Didapati kawasan Kompleks Sukan Universiti...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Sains Malaysia
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/57920/1/Pengesanan%20Cahaya%20Menggunakan%20Penglihatan%20Mesin_Abd%20Moin%20Haji%20Omar.pdf http://eprints.usm.my/57920/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sambaran kilat boleh mengakibatkan kerosakkan harta benda, kecederaan yang
teruk dan kematian yang menyedihkan. Disebabkan oleh bahaya yang dinyatakan itu,
semua jenis bangunan lebih dari tiga tingkat akan dilengkapi dengan sistem perlindungan
kilat. Didapati kawasan Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia Kampus
Kejuruteraan masih lagi tidak dilengkapi dengan sistem perlindungan kilat. Setelah
diselidiki, kawasan yang masih terdedah dengan risiko terkena sambaran petir ialah
kawasan padang bola sepak satu, padang bola sepak dua dan padang rugbi. Tiga kawasan
ini sentiasa dipenuhi oleh warga kampus setiap petang. Oleh itu peratus kecederaan dan
kematian adalah banyak disebabkan kawasan ini tidak mempunyai sistem perlindungan
kilat. Dalam projek ini, saya merekabentuk satu sistem perlindungan kilat yang dapat
memberi perlindungan kepada warga kampus yang menggunakan padang setiap petang.
Sistem perlindungan kilat di padang ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang
pertama menampung kawasan di sebelah tiang gol. Bahagian ini direkabentuk dengan
meletakkan jaring besi setinggi 20 meter di sepanjang lebar padang. Bahagian kedua pula
melindungi kawasan tengah padang. Bahagian ini diletakkan dua batang tiang bendera
besi di setiap tepi padang. Tiang bendera ini juga setinggi 20 meter. Jaring besi dan tiang
bendera ini dilengkapi dengan sistem kebumikan arus yang berlebihan ke tanah. Setelah
dua bahagian itu direkabentuk, sekali lagi kawasan padang tersebut diselidiki. Didapati
kawasan ini telah dapat dilindungi dari risiko bahaya yang akan terkena akibat dari
sambaran kilat. Dengan itu kawasan ini adalah selamat diduduki ketika apa jua jenis
cuaca. |
---|