Penghasilan Kaca Dari Abu Kayu Mangga
Suatu kaca inovatif berasaskan sistem aluminosilikat, SiO2-Al2O3-Na2O-CaO telah dihasilkan menggunakan abu pokok mangga sebagai sumber utama kalsium oksida, CaO. Abu pokok mangga telah dihasilkan secara tertutup dengan pembakaran cip kayu kering pada suhu 10000 C dengan tempoh rendaman 40 min...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Sains Malaysia
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/57584/1/Penghasilan%20Kaca%20Dari%20Abu%20Kayu%20Mangga_Salina%20Saidin.pdf http://eprints.usm.my/57584/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Suatu kaca inovatif berasaskan sistem aluminosilikat, SiO2-Al2O3-Na2O-CaO telah
dihasilkan menggunakan abu pokok mangga sebagai sumber utama kalsium oksida, CaO.
Abu pokok mangga telah dihasilkan secara tertutup dengan pembakaran cip kayu kering
pada suhu 10000
C dengan tempoh rendaman 40 minit. Analisis XRD menunjukkan abu
yang terhasil mengandungi fasa CaO dan analisis XRF mengesahkan bahawa kandungan
CaO adalah 71% berat. Selain itu, taburan saiz partikel dan analisis DSC/TG juga
dilakukan ke atas abu pokok mangga. Suatu sumber pasir tempatan yang telah dibersihkan
secara berperingkat bagi menyingkirkan bendasing yang hadir digunakan dalam komposisi
kaca sebagai sumber utama SiO2. Komposisi kelompok kaca telah dikira sebelum
peleburan kaca dilakukan pada suhu 15000
C dengan tempoh rendaman selama 5 jam. Suatu
kaca yang cerah dan bebas gelembung udara telah berjaya dihasilkan. Ujian ke atas kaca ini
memberikan nilai ketumpatan 2.64 g/cm3 dan nilai kekerasan Vickers 617.3 HV.
Seterusnya olahan haba ke atas kaca pokok mangga ini dilakukan pada suhu penukleusan
8900
C selama 1 jam rendaman dan suhu pertumbuhan hablur 9100
C selama 5 jam juga
telah berjaya menghasilkan suatu bahan seramik kaca. Mikroskop Imbasan Elektron (SEM)
telah digunakan untuk meneliti morfologi dan saiz hablur yang terhasil. |
---|