Peramalan Kedalaman Keruk Di Sekitar Pier Mengunakan Kaedah Regresi Linear Berganda

Dalam senario pada hari ini, kajian terhadap semulajadi keruk di sekitar pier adalah semakin mengalakkan. Hal ini membuktikan kejadian keruk tidak lagi dipandang ringan kerana kesan terhadap sesebuah jambatan adalah amat serius. Walau bagaimanapun, keruk tempatan yang berlaku dalam struktur te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Nazrul Nizam
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57409/1/Peramalan%20Kedalaman%20Keruk%20Di%20Sekitar%20Pier%20Mengunakan%20Kaedah%20Regresi%20Linear%20Berganda_Nazrul%20Nizam%20Abdul%20Rahman.pdf
http://eprints.usm.my/57409/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam senario pada hari ini, kajian terhadap semulajadi keruk di sekitar pier adalah semakin mengalakkan. Hal ini membuktikan kejadian keruk tidak lagi dipandang ringan kerana kesan terhadap sesebuah jambatan adalah amat serius. Walau bagaimanapun, keruk tempatan yang berlaku dalam struktur tersebut adalah sukar untuk diramalkan dengan tepat kerana keadaan fizikal persekitaran yang sentiasa mengalami perubahan. Maka persamaan yang diperolehi hanya mungkin sesuai untuk keadaan persekitaran yang dikaji dan bukannya bersesuaian untuk semua keadaan. Ramalan yang hampir tepat ini adalah perlu dan menjadi sebahagian daripada prosedur penting merekabentuk suatu jambatan yang efektif dari segi ekonomi dan juga aspek keselamatan. Perkara ini telah dibincangkan oleh Simon dan Senturk (1992), Kafi dan Annan (1995) dengan mencadangkan pelbagai persamaan keruk yang telah dibangunkan. Sebelum itu, mereka telah mendapati kejituan persamaan yang berdasarkan ujian makmal adalah lebih baik sekiranya pekali pemalar dan eksponen bagi persamaan ini diterbitkan dengan mengunakan data lapangan. Persamaan ini berdasarkan beberapa kriteria aliran ( kedalaman aliran, halaju aliran, halaju vortex), geometri bentuk pier, saiz lapisan bahan . Berdasarkan cadangan oleh Kafi dan Annan (1995), Ab. Ghani dan Nalluri (1996), telah menbangunkan beberapa persamaan yang baru untuk menjangkakan kedalaman keruk di sekitar pier dengan mengunakan data lapangan tersebut. Melalui kajian ini, analisis akan dibuat dengan mengunakan perisisan SPSS (Statistical Products And Services Solutions) melalui kaedah regrasi linear. Penggunaan data luaran dan cerapan berpengaruh serta penggunaan model baru regrasi boleh diperolehi dimana ia akan menghasilkan satu jangkaan atau ramalan kedalaman keruk tempatan yang lebih baik dan tepat. Daripada keputusan yang dikaji, didapati persamaan Aminuddin dan Nalluri (b) adalah memberi ramalan keruk yang terbaik.