Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Mampatan Terhadap Prisma Bata Tanah Liat Bakar

Disertasi ini mempersembahkan kajian makmal terhadap parameter yang mempengaruhi kekuatan mampatan terhadap prisma bata tanah liat bakar iaitu; nisbah kelansingan, ketebalan sambungan mortar, jenis mortar dan tempoh pengawetan. Bata kejuruteraan jenis SK-30 telah dipilih sebagai bahan utama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mustafa, Muhamad Akmal
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57171/1/Faktor-Faktor%20Yang%20Mempengaruhi%20Kekuatan%20Mampatan%20Terhadap%20Prisma%20Bata%20Tanah%20Liat%20Bakar_Muhamad%20Akmal%20Mustafa.pdf
http://eprints.usm.my/57171/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Disertasi ini mempersembahkan kajian makmal terhadap parameter yang mempengaruhi kekuatan mampatan terhadap prisma bata tanah liat bakar iaitu; nisbah kelansingan, ketebalan sambungan mortar, jenis mortar dan tempoh pengawetan. Bata kejuruteraan jenis SK-30 telah dipilih sebagai bahan utama kajian. Hasil keputusan menunjukkan perbezaan parameter memberikan kesan yang nyata terhadap kekuatan mampatan prisma bata. Kesan nisbah kelansingan menunjukkan, kekuatan mampatan prisma bata berkurang apabila ketinggian prisma meningkat daripada 2 hingga 3.3, dan prisma bata yang mempunyai nisbah kelansingan, h/t =2 memberikan nilai kekuatan mampatan yang paling tinggi. Ketebalan ikatan prisma bata 10 mm memberikan nilai rintangan terhadap kekuatan mampatan yang tinggi berbanding ketebalan ikatan 15 mm. Nisbah campuran mortar jenis (i) memberikan nilai kekuatan mampatan yang paling tinggi. Kekuatan mampatan prisma bata meningkat dengan masa daripada hari ke 14 hingga hari ke 28. Antara faktor lain yang mempengaruhi kekuatan mampatan prisma bata ialah kadar serapan awalan bata. Hasil keputusan menunjukkan nilai kadar serapan awalan unit bata ialah 4.31 g/min.30mm2.