Kegunaan Karbon Teraktif Dan Resin Dalam Merawat Air Sisa Menggunakan Kaedah Kolum
Projek ini melibatkan penyingkiran logam berat menggunakan karbon teraktif dan resin. Sistem ini melibatkan 3 unit operasi iaitu kolum karbon teraktif, kolum resin penukaran ion serta kombinasi kolum karbon teraktif dan resin. Industri pembuatan menghasilkan air sisa yang berbahaya kepada ala...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Sains Malaysia
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/57085/1/Kegunaan%20Karbon%20Teraktif%20Dan%20Resin%20Dalam%20Merawat%20Air%20Sisa%20Menggunakan%20Kaedah%20Kolum_Chen%20Chee%20Siung.pdf http://eprints.usm.my/57085/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Projek ini melibatkan penyingkiran logam berat menggunakan karbon teraktif dan resin.
Sistem ini melibatkan 3 unit operasi iaitu kolum karbon teraktif, kolum resin penukaran
ion serta kombinasi kolum karbon teraktif dan resin.
Industri pembuatan menghasilkan air sisa yang berbahaya kepada alam sekitar dan
organisma hidup. Dengan itu, objektif projek ini adalah untuk menghasilkan penyelesaian
yang efektif untuk mengurangkan kandungan logam berat dalam air sisa, dengan
menggunakan karbon teraktif jenis “Versatec” dan resin IRC 718. Sumber air sisa yang
mengandungi zink ini diperoleh daripada kilang penghasilan sarung tangan di Pulau
Pinang. Parameter-parameter yang dititikberatkan dalam kajian ini adalah masa retensi,
jisim karbon teraktif / resin, ketinggian kolum dan juga pH.
Sebanyak 11 eksperimen dijalankan untuk menentukan keefektifan penjerapan antara
karbon teraktif dan resin ke atas 2 jenis logam berat yang berbeza, iaitu zink dan kuprum.
Daripada kajian, resin IRC 718 menunjukkan penjerapan yang lebih baik berbanding
dengan karbon teraktif “Versatec”. Adalah jelas bahawa penjerapan zink oleh resin dan
karbon teraktif adalah lebih baik daripada kuprum. Keputusan menunjukkan peratusan
penjerapan oleh zink dan kuprum ke atas resin IRC 718 berjulat dari 93.83% hingga
98.96%. Selain itu, peratusan penjerapan oleh karbon teraktif Versatec mempamerkan nilai
yang lebih rendah, iaitu antara 79.72% hingga 89.45%. Tambahan pula, eksperimen yang
melibatkan kombinasi resin dan karbon teraktif dalam kolum juga dijalankan. Analisis
xi
AAS menunjukkan penjerapan adalah 100% berbanding dengan unit yang menggunakan
resin atau karbon teraktif.
Dengan meninjau sudut lain pula, eksperimen isoterma penjerapan juga dijalankan
untuk menentukan penjerapan zink dan kuprum. Tambahan pula, perbandingan keupayaan
penjerapan antara karbon teraktif dan resin dijalankan.
Kesimpulannya, resin dan karbon teraktif memainkan peranan yang penting dalam
penjerapan logam berat daripada air sisa. |
---|