Nilai-Nilai Dan Norma-Norma Yang Digunakan Oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia Dalam Menapis Pita-Pita Video

Latihan Ilmiah ini mengandungi enam bab.Bermula dengan pengenalan, dan objektif-objektif perbincangan rasional kajian dijalankan. Seterusnya usaha untuk memahami konsep-konsep asas dan konsep untuk tujuan operasionalisasinya, kaedah kajian dan had-hadnya. Penjelasan mengenai Lembaga Penapis Filem Ma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Omar, Md. Jaki
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 1987
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/53496/1/Md.%20Jaki%20Omar.pdf
http://eprints.usm.my/53496/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan Ilmiah ini mengandungi enam bab.Bermula dengan pengenalan, dan objektif-objektif perbincangan rasional kajian dijalankan. Seterusnya usaha untuk memahami konsep-konsep asas dan konsep untuk tujuan operasionalisasinya, kaedah kajian dan had-hadnya. Penjelasan mengenai Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) dinyatakan dalam bab dua. Dinyatakan juga badan-badan yang berkaltan dengan LPF, perundangan penapisan di Malaysia dan dasar kerajaan melaluinya. Bab tiga merupakan bahagian ulasan bahan-bahan bacaan yang meliputi pengetahuan, teori dan beberapa basil kajian yang ada kaitannya dengan kajian ini . Keseluruhannya menyentuh tentang nilai dan norma, pengaruh media massa khususnya filem, peranan kerajaan dan pembentukan polisi. Bab empat membincangkan analisa pernyataan oleh kalangan Ahli-Ahli Lembaga Penapis (VTR) mengenai penyaluran nilai dan norma dalam penapisan pita-pita video cereka.Soalan-soalan perlu untuk kajian disalurkan dalam analisa ini. Bab lima merupakan bab analisa dan huraian secara mendalam terus kepada adegan-adegan yang telah ditapis melalui contoh-contoh jodol filem video yang disertakan, sebagai perincian pemilihan penilaian dan tindakan Ahli-Ahli Lembaga Penapis. Kajian ini diakhiri dengan penilaian dan kesimpulan bagi bab empat dan lima, beberapa sumbangan dalam bidang komunikasi, cara memperbaiki kelemahan kajian, cadangan untuk kajian selanjutnya dan akhirnya tinjauan penapisan filem di beberapa buah negara.