Keberkesanan Media Turasan Batu Kapur Dalam Menyingkirkan Ferum, Cod Dan Bod Daripada Larut Lesapan: Kajian Kes Di Tapak Pelupusan Semi-Aerobik Pulau Burung

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesesuaian batu kapur sebagai media olahan larut lesapan yang lebih murah berbanding olahan sediaada dengan memfokuskan kajian kepada larut lesapan semi-aerobik yang terdapat di Tapak Pelupusan Pulau Burung, Nibong Tebal (TPPB). Pencirian larut lesapan dilakuka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusoff, Mohd Suffian
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/53115/1/Mohd%20Sufian%20Yusoff.pdf
http://eprints.usm.my/53115/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesesuaian batu kapur sebagai media olahan larut lesapan yang lebih murah berbanding olahan sediaada dengan memfokuskan kajian kepada larut lesapan semi-aerobik yang terdapat di Tapak Pelupusan Pulau Burung, Nibong Tebal (TPPB). Pencirian larut lesapan dilakukan selama satu tahun sebelum kajian kelompok dilakukan di makmal diikuti kajian turus di lapangan serta kajian perbandingan di loji olahan larut lesapan secara fizikal sediaada di TPPB. Parameter larut lesapan yang difokuskan adalah ferum (Fe), Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), memandangkan kesemuanya hadir pada kepekatan yang tinggi di tapak ini. Keberkesanan batu kapur juga dibandingkan dengan media-media lain iaitu karbon teraktif, pasir silika dan campuran batu kapurkarbon teraktif pada nisbah 5:1 secara isipadu. Ujikaji kelompok melibatkan penentuan masa penggoncangan dan enapan yang optimum, nisbah campuran optimum, penentuan isoterma Freundlich yang sesuai serta ujikaji kinetik penjerapan. Kajian olahan larut lesapan berterusan dilakukan di lapangan menggunakan turus turasan yang mengandungi media yang berbeza sehingga takat bolos dicapai. Kajian dilakukan pada kadaralir 50 mL/min dan julat masa tahanan 40 ke 50 minit. Hasil kajian menunjukkan kualiti larut lesapan di TPPB berada pada tahap separa matang dengan nilai pH antara 7.4-8.8, nisbah BOD/COD yang rendah dan sukar dibiorosotkan (purata 0.1), dan mengandungi kepekatan Fe yang tinggi sebanyak 9.5 mg/L. Ujikaji kelompok memberikan masing-masing masa pengoncangan dan enapan optimum 60 dan 90 minit. Nisbah campuran optimum antara media batu kapur dan karbon teraktif adalah 5:1 (mengikut isipadu).