Analisis Ciri-Ciri Terpilih Wacana Forensik Dalam Interaksi Siasatan Kes Jenayah
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan keterangan undang-undang jenayah dari sudut pandangan linguistik, khususnya analisis wacana dengan menggunakan data forensik. Keterangan undang-undang yang dimaksudkan ialah wacana perbualan yang terhasil sewaktu sesi soal siasat polis dengan suspek jenaya...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/51996/1/MD%20ZAHRIL%20NIZAM%20BIN%20MD%20YUSOFF.pdf http://eprints.usm.my/51996/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membincangkan keterangan undang-undang
jenayah dari sudut pandangan linguistik, khususnya analisis wacana dengan
menggunakan data forensik. Keterangan undang-undang yang dimaksudkan ialah
wacana perbualan yang terhasil sewaktu sesi soal siasat polis dengan suspek jenayah.
Objektif kajian ini adalah untuk 1. menganalisis amalan wacana yang merangkumi
proses penghasilan, 2. menghuraikan struktur wacana dari sudut kawalan interaksi,
dan 3. menghubungkaitkan amalan wacana dan kawalan interaksi dengan praktis
sosial. Lokasi kajian dijalankan di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis
Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Data perbualan diperoleh melalui rakaman audio
semasa interaksi antara pegawai penyiasat jenayah (PPJ) dengan orang salah jenayah
(SBJ), kemudian data ditranskripsikan dalam bentuk tulisan. Sebanyak 11 jenis data
perbualan telah dipungut sepanjang tempoh kajian lapangan. Kajian ini
menggunakan kerangka analisis wacana kritis Fairclough (1992a, 1992b, 1995, 2001
& 2003) yang melibatkan elemen tiga dimensi, yakni analisis teks, analisis amalan
wacana dan analisis sosial untuk menganalisis data secara deskriptif. Data juga
dianalisis bersama-sama dengan keterangan modus operandi (KMO). Analisis teks
yang memfokuskan struktur wacana mendapati kawalan interaksi seperti celahan
ambil gilir, dominasi topik dan kegagalan kawalan topik digunakan oleh SBJ untuk
mengganggu perbualan yang berlangsung. |
---|