Pengetahuan Dan Amalan Isti‘Ᾱdhah Dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam

Isti‘ᾱdhah membawa maksud memohon perlindungan, merupakan satu bentuk ibadah yang dituntut dalam Islam. Terdapat dua jenis konsep Isti‘ᾱdhah yang menjadi amalan masyarakat sejak dulu lagi. Pertama, isti‘ᾱdhah yang mematuhi kehendak dan syariat Allah S.W.T dan kedua adalah isti‘ᾱdhah yang bertenta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim, Nurul Suhaida
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/49707/1/NURUL%20SUHAIDA%20BINTI%20IBRAHIM_hj.pdf
http://eprints.usm.my/49707/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isti‘ᾱdhah membawa maksud memohon perlindungan, merupakan satu bentuk ibadah yang dituntut dalam Islam. Terdapat dua jenis konsep Isti‘ᾱdhah yang menjadi amalan masyarakat sejak dulu lagi. Pertama, isti‘ᾱdhah yang mematuhi kehendak dan syariat Allah S.W.T dan kedua adalah isti‘ᾱdhah yang bertentangan dengan syariat dan ianya boleh membawa kepada syirik serta kekufuran. Kekufuran dan kebaikan tidak boleh bersama walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Justeru, hal ini amat berkait rapat dengan pengetahuan dan amalan kehidupan seharian. Dan, bagi kajian ini telah difokuskan kepada pelajar yang mana kejayaan sebenar pelajar adalah diukur daripada keupayaan mereka dalam menghayati agama, berpengetahuan yang benar dan beramal dengan amalan yang menurut syarak. Sehingga kesan daripada pengetahuan dan amalan tersebut mampu melahirkan seorang pelajar yang sempurna dari segi emosi, jasmani, intelek dan rohani. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan amalan isti‘ᾱdhah dalam kalangan pelajar Universiti Awam sama ada pengetahuan dan amalan mereka mematuhi syariat Allah S.W.T atau sebaliknya. Secara lebih khusus, kajian ini mengfokuskan kepada dua buah Universiti Awam sahaja iaitu USM dan UNIMAP. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Instrumen soal selidik mengandungi tiga rukun isti‘ᾱdhah iaitu memohon perlindungan, sesuatu yang dipohon perlindungan darinya dan sesuatu yang dimohon perlindungan kepadanya. Data kuantitatif diperoleh melalui set soal selidik yang dijawab oleh 439 orang pelajar USM dan UNIMAP sebagai responden.