Pembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Manual Elektrokimia Bagi Meningkatkan Pemahaman Konsep Elektrokimia, Kemahiran Penaakulan Saintifik Serta Motivasi Pelajar

Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai keberkesanan Manual Elektrokimia Tingkatan 4 dalam meningkatkan Pemahaman Konsep (PK) Elektrokimia Tingkatan 4 berdasarkan spesifikasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Asimilasi Ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahaya, Munaratul Aini
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/47997/1/Pembangunan%20Dan%20Penilaian%20Keberkesanan%20Manual%20Elektrokimia.pdf%20cut.pdf
http://eprints.usm.my/47997/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai keberkesanan Manual Elektrokimia Tingkatan 4 dalam meningkatkan Pemahaman Konsep (PK) Elektrokimia Tingkatan 4 berdasarkan spesifikasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Asimilasi Kemahiran Penaakulan Saintifik (KPS) ke dalam isi kandungan topik Elektrokimia Tingkatan 4 diharapkan dapat membantu Pemahaman Konsep (PK) Elektrokimia pelajar. Struktur perdebatan Toulmin (1958) dalam mencari jawapan digunakan. Teori Pembentukan Konsep Bruner (1973) turut diasimilasikan dalam Pemahaman Konsep (PK) Elektrokimia pelajar Tingkatan 4. Tahap Motivasi Belajar (MB) semasa kajian ini dijalankan juga turut dikaji. Kesahan kandungan Manual Elektrokimia (ME) Tingkatan 4 dinilai oleh beberapa orang pensyarah dan guru berpengalaman dalam bidang Kimia. Data kajian ini seterusnya dianalisis dengan IBM SPSS Statistics Software 24.0 menggunakan Ujian Kebolehpercayaan (Cronbach Alpha & Kuder-Richardson 20), Ujian t, dan Ujian Kebolehpercayaan inter-rater UE. Bagi data kajian lapangan, terdapat dua ujian tambahan yang dijalankan iaitu (1) Ujian t-Sampel Bebas, dan (2) Ujian Analisis Multivariat Kovarians, MANCOVA (Multivariate Analysis of Covariance)