Inkontinens urin:satu kajian tingkahlaku dalam kalangan wanita hamil
Pengenalan: IU merupakan keadaan yang lazimnya dialami oleh wanita yang mana dianggarkan 25-40% daripada wanita menghadapi masalah ini. Proses kehamilan dikatakan sangat berkait rapat dengan prevalens IU. Namun, kajian terdahulu telah membuktikan bahawa IU bukan sahaja boleh berlaku semasa hamil...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/47874/1/SITI%20ROSHAIDAI%20BINTI%20MOHD%20ARIFIN-24%20pages.pdf http://eprints.usm.my/47874/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengenalan: IU merupakan keadaan yang lazimnya dialami oleh wanita yang
mana dianggarkan 25-40% daripada wanita menghadapi masalah ini. Proses
kehamilan dikatakan sangat berkait rapat dengan prevalens IU. Namun, kajian
terdahulu telah membuktikan bahawa IU bukan sahaja boleh berlaku semasa
hamil malah boleh berterusan selepas kelahiran. Walaupun begitu, kebanyakan
wanita yang mengalami IU menganggap ia sebagai suatu kejadian yang normal
dalam kehidupan. Hanya segelintir daripada wanita yang mengalami IU
mengadu masalah mereka kepada doktor.
Objektif: Mengkaji perkaitan antara keterukan IU dengan tingkahlaku wanita
hamil terhadap rawatan IU dan mengkaji perkaitan antara sikap wanita hamil
dengan tingkahlaku terhadap rawatan IU serta mengetahui faktor- faktor lain
yang mempengaruhi tingkahlaku mendapatkan rawatan.
Metodologl: Kajian ini telah dilakukan terhadap 63 orang wanita hamil yang
datang membuat pemeriksaan susulan di Klinik Antenatal HUSM. Pengambilan
responden adalah secara persampelan tidak kebarangkalian berasaskan
kesenangan iaitu mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang
berada di Klinik Antenatal berdasarkan kepada populasi yang ada pada masa
kajian di jalankan. Setiap responden diberikan masa selama 15-20 minit untuk
menjawab soalan dan borang dikutip secara manual pada masa yang sama.
Data-data telah dikumpul dan ditransformasi menggunakan Statistical Package
for Social Science (SPSS) versi 12.0.
Keputusan: Hasil kajian ini menunjukkan daripada 63 orang responden, 43
orang responden mengalami IU dan hanya 9 orang (20.9%) daripada
responden telah mendapatkan rawatan. Didapati faktor yang mempengaruhi
tingkahlaku mendapatkan rawatan adalah keterukan IU (p = 0.014) dan
keinginan mendapatkan rawatan (p = 0.022). Didapati juga sikap pemberi
jagaan kesihatan (p = 0.000) dan sokongan ahli keluarga (p = 0.010)
mempunyai perkaitan dengan keinginan mendapatkan rawatan.
Rumusan: Lebih separuh daripada wanita hamil mengalami IU dan
mengatakan mereka mahu mendapatkan rawatan. Malangnya, hanya segelintir
pesakit sahaja yang datang mendapatkan rawatan. Oleh itu, peranan pemberi
jagaan kesihatan perlu ditingkatkan dan penglibatan ahli keluarga adalah perlu
dalam promosi kesihatan IU ini. Dengan usaha ini, diharapkan lebih ramai
wanita yang menghadapi IU akan tampil mendapatkan rawatan. |
---|