Sejarah migrasi dan dasar pemerintahan Gia Long dan Minh Manh ke atas masyarakat Minh Huong di Hoi An, 1820-1840
Masyarakat Minh Huong merupakan komuniti Cina yang berhijrah dari China ke Vietnam pada akhir abad ke-17. Kumpulan ini melarikan diri ke bahagian selatan sehingga sampai di Vietnam sebagai tempat perlindungan sementara selepas kegagalan pemberontakan Sanfan Zhi Luan (Revolt of Three Feudatories, 167...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/46552/1/SEJARAH%20MIGRASI%20DAN%20DASAR%20PEMERINTAHAN%20GIA%20LONG%20DAN%20MINH%20MANH%20KE%20ATAS%20MASYARAKAT%20MINH%20HUONG%20DI%20HOI%20AN%201820%201840.pdf http://eprints.usm.my/46552/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masyarakat Minh Huong merupakan komuniti Cina yang berhijrah dari China ke Vietnam pada akhir abad ke-17. Kumpulan ini melarikan diri ke bahagian selatan sehingga sampai di Vietnam sebagai tempat perlindungan sementara selepas kegagalan pemberontakan Sanfan Zhi Luan (Revolt of Three Feudatories, 1673-1681) yang bertujuan memulihkan pemerintahan Dinasti Ming (1368–1644) di China. Kumpulan ini akhirnya memutus untuk terus menetap di Vietnam setelah orang Manchu berjaya mendirikan Dinasti Qing (1644-1911) di China. Justeru, makalah ini cuba menyusur galur sejarah pembentukan masyarakat Minh Huong di Vietnam dengan meninjau faktor-faktor penghijrahan komuniti tersebut. Selain itu, makalah ini juga akan mengkaji langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Gia Long dan Maharaja Minh Mang di Vietnam terhadap gelombang penghijrahan masyarakat Ming Huong ke Vietnam sepanjang tempoh pemerintahan kedua-dua raja tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menekankan kepada penganalisaan dokumen rasmi Dinasti Nguyen di Vietnam dan Dinasti Qing di China. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa akhirnya Maharaja Gia Long dan Minh Mang terpaksa menerima dan mengiktiraf masyarakat Minh Huong dengan memberi status yang sama seperti rakyat Vietnam (Kinh) demi kelangsungan dan kestabilan politik di Vietnam menjelang abad ke-19. |
---|