Sebaran leksikal "ular" di negeri Johor berdasakan pengaplikasian Sistem Maklumat Geografi (GIS)
Sebaran dialek mencerminkan pecahan pengkelasan subdialek yang wujud di sesuatu kawasan, contohnya di negeri Johor. Pemurnian penyebaran dialek di negeri tersebut secara tidak langsung dapat mencerminkan usaha pengkajian untuk memetakan isoglos dan koroplet terkini. Ekoran daripada stigma penutur ya...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/46520/1/ART%206.pdf http://eprints.usm.my/46520/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sebaran dialek mencerminkan pecahan pengkelasan subdialek yang wujud di sesuatu kawasan, contohnya di negeri Johor. Pemurnian penyebaran dialek di negeri tersebut secara tidak langsung dapat mencerminkan usaha pengkajian untuk memetakan isoglos dan koroplet terkini. Ekoran daripada stigma penutur yang memperagakan bentuk bahasa Melayu standard hanya wujud di negeri Johor, kajian ini mengambil inisiatif untuk memperincikan sebaran varian leksikal ‘ular’ secara lebih komprehensif. Kajian ini secara khusus bertujuan mengenal pasti sebaran varian dialek Melayu di keseluruhan Johor, menghuraikan perubahan leksikal bersandarkan angkubah linguistik dan angkubah bukan linguistik serta mencirikan bentuk sebaran menerusi paparan peta isoglos dan peta koroplet di kawasan penyelidikan. Justeru, kajian ini memberikan tumpuan kepada penyebaran varian leksikal ‘ulɑr’ di 10 daerah kawasan kajian. Data diperoleh daripada soal selidik terhadap 900 responden yang meliputi pelbagai lapisan umur. Penyelidikan ini merupakan suatu bentuk kajian multidisiplin yang menggabungkan bidang linguistik dan teknologi berbantukan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) berteraskan pendekatan deskriptif geolinguistik. Dapatan membuktikan bahawa terdapat tiga pengelasan dialek Melayu yang wujud di negeri Johor dengan paparan sebanyak lapan varian bagi mewakili leksikal kajian. Selain itu, kajian ini juga mampu memperagakan peta sebaran dialek dan faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini bakal menjadi salah satu lanjutan dimensi penyelidikan sebaran varian di Malaysia yang berteraskan integrasi teknologi. |
---|