Perkembangan Dan Penglibatan Politik Anak Muda Malaysia Pasca Reformasi 1998: Tumpuan Universiti Bangsar Utama (Ubu)

Tesis ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan penglibatan politik anak muda Malaysia semenjak pra-kemerdekaan sehingga pasca Reformasi 1998 dengan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan Universiti Bangsar Utama (UBU). Bahagian awal kajian ini akan menunjukkan bahawa anak muda secara konsisten terl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaharudin, Mohd Hariszuan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46166/1/Mohd%20Hariszuan%20Bin%20Jaharudin24.pdf
http://eprints.usm.my/46166/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan penglibatan politik anak muda Malaysia semenjak pra-kemerdekaan sehingga pasca Reformasi 1998 dengan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan Universiti Bangsar Utama (UBU). Bahagian awal kajian ini akan menunjukkan bahawa anak muda secara konsisten terlibat secara aktif dalam politik di negara ini – baik yang formal, mahupun tidak. Tesis ini kemudiannya membahaskan bahawa terdapat kemerosotan penglibatan anak muda pada dekad-dekad tertentu kerana kekangan daripada pemerintah dan juga kondisi sosio-politik ketika itu. Namun kemerosotan ini tidak mematikan penglibatan politik anak muda, malah penglibatan anak muda dalam politik mula mengambil bentuk-bentuk yang berbeza. Maka kajian ini kemudiannya menawarkan Universiti Bangsar Utama (UBU) sebagai salah satu bentuk penglibatan anak muda. Tesis ini juga membahaskan bahawa UBU merupakan reaksi terhadap situasi politik dan sosio-ekonomi negara pada masa itu.