Natural Composite Adsorbent Using Alginate As Binder Aid For Leachate Treatment

Penjanaan larut lesapan merupakan satu isu yang sangat besar yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar kerana mengandungi kepekatan bahan organik dan bukan organik yang tinggi. Penjerapan telah terbukti antara kaedah yang berkesan untuk merawat larut lesapan. Oleh itu, kajian ini mengkaji keber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Isa, Awatif Md
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/44967/1/Natural%20Composite%20Adsorbent%20Using%20Alginate%20As%20Binder%20Aid%20For%20Leachate%20Treatment.pdf
http://eprints.usm.my/44967/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penjanaan larut lesapan merupakan satu isu yang sangat besar yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar kerana mengandungi kepekatan bahan organik dan bukan organik yang tinggi. Penjerapan telah terbukti antara kaedah yang berkesan untuk merawat larut lesapan. Oleh itu, kajian ini mengkaji keberkesanan penjerap komposit yang dihasilkan daripada campuran serbuk karbon teraktif (PAC), serbuk batu kapur (PLS) dan alginat (AG) untuk menyingkirkan keperluan oksigen kimia (COD) dan Fe(II) di dalam larut lesapan. Hasil keputusan menunjukkan bahawa nisbah campuran (w/w) PAC-PLS dan kepekatan AG yang terbaik adalah 7:3 dan 2% w/v. Luas kawasan permukaan penjerap komposit pula adalah 555.2 m2/g dengan saiz purata diameter liang iaitu 3.515 nm. Tambahan lagi, didapati bahawa kumpulan hidroksil, karboksil dan alkena yang ditemui dipermukaan penjerap komposit meningkatkan lagi proses penjerapan. Seterusnya, berdasarkan kajian kelompok, keadaan terbaik untuk rawatan larut lesapan adalah 16 g (dos penjerap komposit), pH 7 (pH awal), 200 rpm (kelajuan gegaran) dan 150 min (masa sentuhan). Berdasarkan kepada kajian isoterma, mekanisma penjerapan bagi COD boleh digambarkan melalui model Freundlich (penjerapan fizikal) dan Fe(II) pula melalui model Langmuir (penjerapan kimia). Dalam masa yang sama, melalui kajian kinetik mendapati bahawa penjerap komposit mematuhi model pseudo-tertib-kedua (penjerapan kimia) bagi kedua-dua parameter. Kesemua model memperoleh nilai R2>0.9 menunjukkan bahawa proses penjerapan fizikal dan penjerapan kimia berlaku pada keseluruhan permukaan penjerap komposit semasa proses penjerapan. _______________________________________________________________________________________________________ Generation of leachate is the biggest issue that caused negative impact to the environment due to high concentration of organic and inorganic materials. Adsorption is proven to be among the effective methods for leachate treatment. Therefore, this study examined the effectiveness of composite adsorbent producing from the mixture of powder activated carbon (PAC), powder limestone (PLS) and alginate (AG) to remove chemical oxygen demand (COD) and Fe(II) in leachate. The result indicated the best mix ratio (w/w) of the PAC-PLS and AG concentration were 7:3 and 2% w/v, respectively. Surface area of the composite adsorbent was 555.2 m2/g with average pore diameter 3.5 nm. In fact, the hydroxyl, carboxyl and alkene groups discovered on the surface of the composite adsorbent that enhanced the adsorption process. Next, from batch study, the best condition for leachate treatment is 16 g (composite adsorbent), pH 7 (initial pH), 200 rpm (shaking speed) and 150 min (contact time). According to the isotherm study, adsorption mechanism for COD can be described by Freundlich model (physisorption) while Fe(II) is particularly represented by Langmuir model (chemisorption). Meanwhile, through the kinetic study, the composite adsorbent was also found to obey pseudo-second-order model (chemisorption) for both parameters. All the models obtained the value of R2>0.9 and indicating that both physisorption and chemisorption processes occurred at the entire surface of composite adsorbent during adsorption process.