Pencirian Secara Morfologi Dan Molekul, Dan Ujian Kepatogenan Pencilan Fusarium Daripada Buahan Sayuran

Fusarium merupakan salah satu spesies kulat yang sering menyebabkan penyakit lepas tuai buahan sayuran. Kajian ini dijalankan untuk memencil kulat Fusarium daripada buahan sayuran yang reput untuk menentukan kehadiran dan assosiasi pencilan-pencilan Fusarium dengan reput buahan sayuran. Sembilan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saseetharan, Nurulhuda Mohd Sanusi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/43909/1/Nurulhuda%20Binti%20Mohd%20Sanusi24.pdf
http://eprints.usm.my/43909/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fusarium merupakan salah satu spesies kulat yang sering menyebabkan penyakit lepas tuai buahan sayuran. Kajian ini dijalankan untuk memencil kulat Fusarium daripada buahan sayuran yang reput untuk menentukan kehadiran dan assosiasi pencilan-pencilan Fusarium dengan reput buahan sayuran. Sembilan jenis buahan sayuran iaitu bendi (Abelmoschus esculentus), tomato (Solanum lycopersicum), peria (Memordica charantia), cili merah (Capsicum annum), terung (Solanum melongena), timun (Cucumis sativus), munggai (Moringa olifel), petola (Luffa acutangula) dan kacang panjang (Vigna sesquipedalis) yang diperolehi daripada beberapa buah pasar, pasaraya, Jabatan Pertanian Relau dan kebun sayur di sekitar Pulau Pinang dan Gurun, Kedah telah digunakan dalam kajian ini. Lapan puluh tiga pencilan Fusarium berjaya dipencilkan daripada gejala reput buahan sayuran dan berdasarkan ciri-ciri morfologi, lapan spesies telah dikenalpasti iaitu F. oxysporum, F. semitectum, F. solani, F. proliferatum, F. pseudocircinatum, F. sacchari F. equiseti, dan F. verticillioides. Daripada ujian kepatogenan menggunakan 70 pencilan Fusarium, hanya 21 pencilan didapati patogenik melalui rawatan luka dan lima pencilan patogenik melalui rawatan tanpa luka. Pencilan-pencilan yang patogenik adalah 12 pencilan F. solani, empat pencilan F. oxysporum, tiga pencilan F. proliferatum, satu pencilan F. semitectum dan satu pencilan F. sacchari.