Sifat-Sifat Anatomi Dan Kimia Kayu Getah Juvenil (Hevea Brasiliensis) Klon Lateks Balak Rrim 2009 Dan Rrim 2024

Di Malaysia, kayu getah (Hevea brasiliensis) telah menjadi salah satu bahan asas yang penting dan mendapat permintaan yang tinggi di dalam industri yang berasaskan kayu. Oleh itu, Lembaga getah Malaysia (LGM) telah memperkenalkan klon-klon lateks balak untuk menampung kekurangan bekalan kayu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zaki, Junaiza Ahmad
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/42969/1/Junaiza_Binti_Ahmad_Zaki24.pdf
http://eprints.usm.my/42969/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di Malaysia, kayu getah (Hevea brasiliensis) telah menjadi salah satu bahan asas yang penting dan mendapat permintaan yang tinggi di dalam industri yang berasaskan kayu. Oleh itu, Lembaga getah Malaysia (LGM) telah memperkenalkan klon-klon lateks balak untuk menampung kekurangan bekalan kayu getah. Namun begitu, maklumat mengenainya masih lagi terhad terutama yang berkaitan dengan kesan umur dan klon yang berbeza. Dalam kajian ini, dua aspek yang dikaji adalah berkenaan dengan ciri-ciri anatomi dan komposisi kimia terhadap ketinggian pokok dan jarak dari kulit ke empulur untuk dua jenis klon lateks balak yang berbeza (RRIM 2009 dan RRIM 2024) pada umur yang sama iaitu lingkungan 3 hingga 4 tahun. Keputusan bagi kepadatan dan diameter vesel menunjukkan bahawa faktor klon dan jarak dari kulit ke empulur tiada perbezaan yang signifikan kecuali pada ketinggian pokok di mana bahagian atas mencatatkan kepadatan vesel yang tinggi dan bahagian bawah pula mencatatkan diameter vesel yang tinggi kerana kedua-duanya saling berkait antara satu dengan yang lain. Dari sudut keliangan, klon RRIM 2024 menunjukkan nilai yang lebih tinggi berbanding klon RRIM 2009.