Pengetahuan Matematik Untuk Pengajaran Dalam Kalangan Guru Pra Perkhidmatan di IPG

Pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang guru berperanan memastikan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan seterusnya mampu meningkatkan prestasi matematik murid. Tahap penguasaan pengetahuan matematik untuk pengajaran (PMUP) yang rendah dalam kalangan guru secara tidak l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rahman, Muhamad Nazri Abdul, Zamri, Sharifah Norul Akmar Syed, Eu, Leong Kwan
Other Authors: Kadir, Nadhrah A
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/41191/1/ART_105.pdf
http://eprints.usm.my/41191/
http://www.sspis.usm.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang guru berperanan memastikan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan seterusnya mampu meningkatkan prestasi matematik murid. Tahap penguasaan pengetahuan matematik untuk pengajaran (PMUP) yang rendah dalam kalangan guru secara tidak langsung akan menyumbang kepada pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang kurang berkesan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah: (1) untuk menguji tahap PMUP dalam kalangan guru pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru (IPG), (2) untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan PMUP dalam kalangan guru pra perkhidmatan di IPG. Ini merupakan kajian awal, dan seramai empat puluh orang guru pra perkhidmatan terlibat di dalam kajian ini. Tahap penguasaan PMUP telah diukur dengan menggunakan ujian pensel dan kertas, manakala pengujian hipotesis telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan PMUP. Dapatan daripada ujian pencapaian PMUP menunjukkan tahap penguasaan PMUP dalam kalangan guru pra perkhidmatan di IPG adalah pada tahap sederhana. Selain itu, didapati terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi penguasaan PMUP dalam kalangan guru pra perkhidmatan di IPG secara langsung, iaitu peluang untuk menjalani latihan mengajar (β=0.383, p˂0.01) dan peluang untuk mengikuti program pendidikan guru koheren (β=0.557, p˂0.01). Manakala faktor kepercayaan efikasi pengajaran matematik (KEPM) didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan PMUP. Dapatan daripada kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan di dalam merangka program pendidikan guru yang mampu melahirkan guru matematik yang kompeten selari dengan visi yang telah ditetapkan, iaitu “IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru”. Kata kunci: pengetahuan matematik untuk pengajaran; peluang untuk belajar; kepercayaan efikasi pengajaran matematik; pengetahuan kandungan; pengetahuan pedagogikal kandungan.