Pemahaman dan Keberkesanan Strategi Penjenamaan Dalaman Misi, Visi dan Nilai Korporat UDA Holdings Berhad
Penjenamaan dalaman dilihat sebagai satu fenomena baharu dalam sesebuah organisasi atau entiti bagi tujuan pemerkasaan dan pemartabatan jenama kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Tujuan penyelidikan ini dilaksanakan secara total adalah untuk melihat pemahaman, persepsi staf terhadap keberkesanan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
School of Social Sciences, USM
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/41165/1/ART_97.pdf http://eprints.usm.my/41165/ http://www.sspis.usm.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penjenamaan dalaman dilihat sebagai satu fenomena baharu dalam sesebuah organisasi atau entiti bagi tujuan pemerkasaan dan pemartabatan jenama kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Tujuan penyelidikan ini dilaksanakan secara total adalah untuk melihat pemahaman, persepsi staf terhadap keberkesanan strategi penjenamaan dalaman dan saling kaitan antara kedua-duanya di UDA Holdings
Berhad. Justeru sebanyak tiga (3) persoalan penyelidikan telah diaplikasikan dalam penyelidikan ini iaitu:
Apakah kefahaman staf mengenai misi, visi dan nilai korporat UDA Holdings Berhad? Bagaimanakah persepsi staf mengenai keberkesanan penjenamaan dalaman di UDA Holdings Berhad? Apakah saling kaitan antara tahap kefahaman misi, visi dan nilai korporat dengan persepsi terhadap keberkesanan penjenamaan dalaman di UDA Holdings Berhad? Sorotan penyelidikan telah disusun mengikut kepada
persoalan penyelidikan ini dengan disesuaikan kepada model strategi komunikasi korporat oleh Paul A.
Argenti dan model RACE serta diterjemahkan menerusi rangka kerja penyelidikan. Berikutnya pendekatan kuantitatif menerusi borang kaji selidik telah digunakan untuk pengumpulan data daripada responden di UDA Holdings Berhad. Hasil penyelidikan menunjukkan identiti korporat UDA Holdings Berhad tidak dipromosikan dengan berkesan melalui tindakan yang dirancang dan konsisten. |
---|