Evolusi Ideologi Radikal dalam Sejarah Kebangkitan Gerakan Islam

Pasca serangan 11 September 2001 menggemparkan dunia apabila gerakan-gerakan Islam dikaitkan dengan ideologi radikal yang mengakibatkan keganasan dan kemusnahan. Serangan balas dan pelbagai tekanan dilakukan oleh Barat terhadap dunia Islam kononnya kerana mereka sebagai Polis Dunia perlu memperta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hj Abu Bakar, Siti Zubaidah, Yusoff, Kamaruzaman, Mohammad Aslam, Mohd Mizan, Muhammed Kifli, Azura
Other Authors: A Kadir, Nadhrah
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/39237/1/ART_13.pdf
http://eprints.usm.my/39237/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pasca serangan 11 September 2001 menggemparkan dunia apabila gerakan-gerakan Islam dikaitkan dengan ideologi radikal yang mengakibatkan keganasan dan kemusnahan. Serangan balas dan pelbagai tekanan dilakukan oleh Barat terhadap dunia Islam kononnya kerana mereka sebagai Polis Dunia perlu mempertahankan keamanan sejagat. Kenyataan bahawa Islam adalah agama radikal jelas bertentangan dengan matlamat ia diturunkan iaitu sebagai rahmatan lil alamin selain hakikat sebenar bahawa radikalisme agama turut wujud di dalam agama-agama samawi yang lain. Namun apa yang sememangnya jelas berlaku adalah tindakan ekstrem pejuang Islam yang merosakkan imej agama sekaligus seolah membenarkan tuduhan oleh Barat. Justeru kajian ini disediakan bagi menerangkan evolusi ideologi radikal yang muncul di dalam sejarah kebangkitan gerakan Islam bermula abad ke 18 sehingga kini. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif dan sumber dapatan dibuat secara kajian kepustakaan, analisis dokumen dan temubual. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa terdapat empat fasa meliputi fasa ideologi Wahabi, fasa ideologi Sayyid Qutb, fasa ideologi Salafi Jihadi dan fasa ideologi Salafi Takfiri. Berdasarkan dapatan, dapat disimpulkan bahawa ideologi radikal mula terbentuk berikutan permasalahan semasa umat Islam pada ketika itu seperti perlakuan bidaah, syirik dan ancaman pemikiran dari tamadun Rom dan Parsi, namun berkembang menjadi lebih serius apabila wujudnya penindasan dan kezaliman berterusan oleh Barat sehingga ideologi radikal ini diterjemahkan dengan tindakan ekstrem di akhir fasa gerakan kebangkitan Islam. Ternyata evolusi radikal Islam melalui tempoh yang panjang dengan desakan permasalahan umat semasa dan menjadi lebih signifikan kerana situasi global hari ini yang kompleks.