Keindahan Hijab Sebagai Agama Dan Budaya
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji makna keindahan pemakaian hijab sebagai agama dan budaya masyarakat Malaysia. Hijab atau sinonim dengan tudung bagi masyarakat Malaysia atau pakaian kepala bagi kaum wanita Melayu adalah satu tradisi dan adat yang sangat lama dan tua dalam budaya Mel...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/38773/1/FULL_PAPER_030.pdf http://eprints.usm.my/38773/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji makna keindahan pemakaian
hijab sebagai agama dan budaya masyarakat Malaysia. Hijab atau sinonim dengan
tudung bagi masyarakat Malaysia atau pakaian kepala bagi kaum wanita Melayu adalah
satu tradisi dan adat yang sangat lama dan tua dalam budaya Melayu. Berhijab adalah
satu perhormatan yang tersendiri ke atas keperibadian pemakainya. Kajian ini adalah
berdasarkan kaedah pemerhatian dan fahaman mengenai teori Plato ke arah
keindahan fesyen hijab yang disokong oleh konsep beragama dan pembangunan dunia
fesyen hijab di Malaysia. Mengikut fahaman Plato memahami seni adalah berdasarkan
2 konsep, iaitu seni idea dan imitatif yang mana konsep idea menunjuk kepada teknik
yang terukur secara profesional iaitu adanya perubahan dan tranformasi ke atas
perbandingan. Manakala teknik dalam hubungan mengandungi pengertian adanya sifat
kualitatif yang terukur sehingga terjadi profesional atau keseimbangan dan komposisi
yang tepat.
Konsep teori Plato tentang seni sebagai imitatif adalah bukan sahaja dalam erti
tiruan, ia juga adalah inspirasi dari yang maha Esa sebagai kesempurnaan karya.
Kesempurnaan berkarya membawa maksud adanya keghairahan yang sangat luar
biasa sebelum dan pada saat persembahan, pertunjukan, penampilan, dan kewujudan
karya. Ini adalah bakat dan ilham diberi oleh Maha Pencipta. Keindahan hijab sebagai
agama dan budaya tercermin dalam beberapa kriteria indah. Antaranya ialah kreatif dan
akuisitif. Keterampilan fesyen hijab sebagai salah satu trend mod di Malaysia ternyata
telah memberi warna dan budaya masyarakat dari sebelum zaman milenium sehingga
zaman keterbukaan atau lebih dikenali sebagai abad posmodernisme di mana budaya
konsumerisme menjadi fenomena terhadap sosial budaya dalam bermasyarakat.
Fesyen hijab dengan kreativiti para perekanya telah memenuhi sebahagian dari
tuntutan zaman di mana trend berfesyen menuntut masyarakat berbudaya. Zaman
pasca modenisme telah mengubah zaman yang menurut syariat kepada mod
muslimah yang lebih berketrampilan, moden malah budaya konsumerisme
mempengaruhi perkembangannya |
---|