Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

Kertas kerja ini membincangkan tentang kelemahan pengurusan biodiversiti hutan di Tasik Kenyir oleh pihak kerajaan. Ia menggunakan pendekatan kualitatif melalui data primer berasaskan temubual dengan informan dari agensi kerajaan serta data sekunder menggunakan kajian perpustakaan. Data temubual di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sidik, Norhidayu, Ismail, Roslina
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/37584/1/sspis_2015_ms182_-_190.pdf
http://eprints.usm.my/37584/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan tentang kelemahan pengurusan biodiversiti hutan di Tasik Kenyir oleh pihak kerajaan. Ia menggunakan pendekatan kualitatif melalui data primer berasaskan temubual dengan informan dari agensi kerajaan serta data sekunder menggunakan kajian perpustakaan. Data temubual di analisis secara manual serta menggunakan teori federalism. Hasil kajian ini mendapati wujudnya tujuh (7) kelemahan pengurusan biodiversiti hutan. Ia meliputi kemerosotan biodiversiti hutan di Tasik Kenyir, ketidakselarasan pentadbiran agensi, pengurusan keselamatan yang longgar, peraturan dan kawalan pencemaran yang masih belum dikuatkuasa, pembangunan fizikal tidak seimbang, peminggiran komuniti setempat dalam potensi pelancongan dan kesan pengurusan diversiti global. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pengurusan biodiversiti belum mencapai tahap yang lebih mampan. Oleh itu semua pihak berkepentingan harus tampil memberi kerjasama dengan pihak kerajaan bagi menangani isu ini kerana peranan memulihara biodiversiti bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata. Sekiranya semua pihak terlibat memainkan peranan masing-masing segala kelemahan mampu diatasi dengan mudah dan berkesan di samping itu masa depan biodiversiti juga akan lebih terjamin.